Bismillah..
Apa itu tersurat dan apa itu tersirat tentang cinta.
Cinta yang sebenar adalah cinta yang sukar untuk dilafazkan. Cinta itu bukan main-main, sekiranya cinta itu begitu mudah untuk dilafazkan kepada mana-mana insan yang diminati atau kita berkenan kepadanya, cinta itu dianggap telah kekurangan nilai. Simpanlah lafaz-lafaz yang indah kepada orang yang berhak dan pada masa yang bersesuaian. Sebelum mengorak langkah melafazkannya kepada insan yang bakal menjadi pembimbing atau penyokong sepanjang hidup kita, lafazkanlah cinta itu kepada kedua ibu bapa yang tersayang, kepada adik-adik tersayang kerana mereka lebih mengenali kita.
Anggaplah ungkapan cinta itu ibarat permata yang berkilauan yang sedang keluar daripada mulut kita. Ungkapan " I Love U" atau " Saya Sayang Awak" atau " Wo I ni" atau " Te amor "suatu ungkapan yang perlu dilafazkan kepada insan yang betul-betul berhak sahaja.
Bercinta memang tiada salahnya, cinta itu untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang itu kepada insan yang kita cintai. Bibit-bibit cinta itu sebenarnya ada dalam diri setiap manusia, kerana cinta itu suatu fitrah. Seseorang itu dikatakan abnormal sekiranya tidak mengalami perasaan cinta antara lelaki dan perempuan ini. Sedangkan Adam dan Hawa juga bercinta.
Apa yang tersurat tentang cinta...
Kita dapat mengenal cinta atau mengenal orang yang sedang bercinta ini melalui pergerakan , percakapan, perubahan sikap yang mendadak dan mengeluar idea-idea daripada pemikiran orang yang sedang bercinta.
Memang benar apabila seseorang itu sedang jatuh cinta, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya tanpa rasa terpaksa, tanpa rasa letih dan bosan.
Melalui percintaan juga berkemungkinan besar tingkahlakunya juga berubah dengan mendadak. jika dahulunya seorang yang kurang memberi perhatian, apabila bercinta rasa tanggungjawab dan keperihatinan terhadap kekasih hati menjadi semakin mendalam. Jika dahulunya kurang menghapiri talefon bimbit, sekarang hampir pagi petang siang malam bergayut.
Apabila mereka bercakap atau mengeluarkan kata-kata, kebanyakannya kata-kata yang indah yang membuatkan hati seseorang itu terawan-awan melayang mencari landasan. Kata-katanya juga menyebabkan orang lain yang tidak berkenaan kadang-kadang merasa meluat atau kurang selesa apabila selalu memuji atau mencerita tentang pasangan mereka. Apabila sayang itu menjadi melampau ia boleh menyebabkan perkara buruk yang dilakukan oleh kekasihnya terkubur begitu saja.
Itulah dikatakan tersurat melalui percintaan. Sekarang kita beralih kepada yang tersirat.
Cinta yang tersirat berlindung disebalik hati yang tulus. Walaupun cinta itu tidak dilafazkan atau dinyatakan namun hanya pemilik kalbu itu sahaja mengerti akan perasaan cinta itu sebenar. Cinta mereka yang terpendam ini suci, tidak dilafazkan kepada sebarang orang. Mereka mengenal erti cinta sebenar, mereka tahu Allah telah menentukan jodohnya dan apa yang penting mereka perlu berdoa dan berharap agar dikurniakan pasangan yang soleh mahupun solehah.
Sukar untuk dikatakan kisah percintaan sekarang bertujuan untuk jangka masa panjang. Kebanyakan dilema cinta kini lebih tercondong ke arah kepuasan hawa nafsu. Gaya hidup kini yang jauh berbeza dengan zaman datuk, nenek atau yang lebih dekat ibu ayah kita. Jika dahulunya menjadi kelaziman seorang perempuan mempunyai perasaan malu yang sangat tinggi sehingga sukar untuk berhubung dengan mana-mana lelaki inikan pula ingin bercintan-cintun berlebih-lebihan. Jelas kita dapat lihat jauh sekali jurang berbezaan dengan anak-anak siber kini. Perasaan malu itu semakin pudar dan luntur, sehingga sanggup tergadai maruah.
Sehinggakan timbul situasi yang menyatakan sesiapa yang tiada pasangan atau Couple sebelum kahwin dianggap macam tidak normal dan kadang-kadang ada yang dituduh menjalinkan hubungan songsang dengan pasangan yang sama jantina. Adakah wajar berlaku sedemikian??? Apabila cinta mudah dilafazkan kepada sesiapa saja maka pasangan-pasangan yang melanggar syariat semakin berleluasa.
No comments:
Post a Comment