Begitu banyak lagu-lagu cinta berkumandang di corong-corong radio , begitu juga dengan novel-novel cinta semakin bertambah di koleksi-koleksi novel. Bercinta memang seronok kerana cinta merupakan fitrah manusia. Tanpa cinta hidup ini bagaikan kapas-kapas yang berterbangan yang tidak tahu akan arah tujunya. Mereka yang tidak pernah bercinta boleh dikatakan sangat aneh atau ganjil. Namun bagi yang mereka yang bercinta pula kadang-kadang menjadi buta kerana cinta. Tepuk dada tanyalah jiwa. Pilihlah yang mana satu yang berkenan di hati kerana cinta itu sangat universal perasaannya. Cinta tidak salahnya jika kita pandai mengaplikasikannya.
Wahai golongan remaja, pernahkah kamu bercinta? Mungkin ada di antara kita yang pernah bercinta dan ada juga yang tidak pernah bercinta. Kemudian tidak asing juga ada yang pernah gagal dan berjaya dalam percintaan. Pernahkah kita terfikir, cinta kita mempunyai matlamat atau tidak. Sudah tentu bagi mereka yang berpendidikan melakukan sesuatu dengan visi dan misi tertentu. Adakah dalam bab percintaan kita mepunyai misi dan visi tertentu. Jika cinta itu memang dilahirkan dengan perasaan yang penuh keikhlasan dan ketulusan, cinta itu boleh dijamin sebagai cinta sampai ke syurga. Namun jika cinta itu dilahirkan sekadar untuk kepuasan dan kehendak nafsu dan perasaan sebarang jaminan tidak berani untuk dikeluarkan.
Sesetengah pendapat menyatakan kerana cinta mereka meransang diri untuk terus berjuang dan maju ke depan dan ada juga pendapat menyatakan kerana cinta kita akan lemah dan jatuh terhempas sehingga ke liang lahad. Fikirkanlah wahai pemikir-pemikir zaman sekarang. Anda berada dalam golongan pendapat mana terpulang kepada pemikiran masing-masing. Anda berhak menentunya sendiri kerana anda lebih mengenali diri anda. Sebelum mengorak langkah lebih jauh, suka ingin kami tanyakan berapa banyak percintaan membuat seseorang itu berjaya dan berapa banyak percintaan yang membawa kepada kemunduran dan ke lembah hina. Sudah tentu anda telah dapat memberi jawapannya sekarang.
Di sini memang kami tidak nafikan bahawa percintaan itu merupakan satu alat untuk membawa kita untuk terus melangkah maju kehadapan. Jika tidak mana mungkin Shah Jehan sanggup membina Taj Mahal untuk Mumtaznya dan seorang suami sanggup bekerja siang malam hanya untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang pada isteri. Nyata dan jelas dalam hal ini kita menjadi semangat dan ingin maju ke depan kerana sebuah percintaan. Sedarkah kita, sebuah percintaan yang berjaya adalah kerana cinta ini bersih, suci dan halal. Namun apabila menyatakan hujah ini pasti ada yang menyatakan "Saya juga berjaya kerana bercinta, saya berjaya dalam peperiksaan kerana kekasih saya memberi semangat dan belajar bersama-sama. Saya lemah tanpa cinta". Memang benar kamu berjaya untuk masa itu namun pada masa akan datang kita tidak dapat jangka apa akan berlaku. Ingat, hanya segelintir sahaja yang mengalami pengalaman ini.
Beralih kepada gagalnya sebuah percintaan. Berapa banyak yang telah berlaku ? Tidak tercapai akal berapa banyak yang mati atau kurang siuman kerana cinta. Pernah kita kita terfikir bilangannya?Betullah kata-kata yang mengatakan, cinta itu membunuhku. Memang benar kata-kata ini. Sudah ramai manusia yang mati kerana cinta. Terjun bangunan, minum racun, gantung diri,dan lain-lain lagi. Memang sukar untuk dinyatakan jika mula-mula bercinta dengan sepenuh jiwa raga dan akhirnya ditinggalkan bagai layang-layang yang terputus talinya. Itulah dikatakan sebagai impak atau kesan sebuah percintaan.
Kesan yang negatif lebih banyak berbanding kesan positif. Cinta yang bersih dan suci diketepikan tetapi yang yang berhabuk dan jijik ketengahkan. Bercinta melampau batas-batas syarak. Mengundang kemurkaan Tuhan yang Maha Esa. Tuhan menciptakan manusia berpasang-pasangan untuk menjadi teman hidup. Lumrah dan fitrah manusia saling memerlukan satu sama lain antara lelaki perempuan. Saling melengkapi dan saling menyayangi. Bagaimana kita mencari cinta yang sebenarnya untuk memenuhi fitrah tersebut terpulang kepada kita. Jika kita memulakan percintaan dengan cara yang tidak dibenarkan atau dengan cara yang salah maka berkemungkinan besar cinta itu bakal berakhir dengan cara yang tidak menyenangkan. Jika kita mencari cinta yang suci melalui cara yang dihalalkan sudah pasti akan berkekalan hingga ke akhir zaman.
Remaja kini menganggap cinta insan bernama kekasih itu segala-galanya bagi mereka. Pemikiran ini perlu diubah, cintakan ibu bapa perlu diutamakan sebelum mencintai yang lain. Cintakan kekasih hati merupakan sampingan sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Kebanyakan mereka bercinta telah mengorbankan segala-galanya termasuklah maruah diri melebihi pasangan suami isteri. Hal ini telah menyebabkan ramai remaja telah hancur musnah di lembah kehinaan. Tetapi ingat pintu taubat masih terbuka kepada mereka sebelum nyawa samapi ke kerongkong. Fenomena ini semakin menjadi-jadi di negara kita. Sejajar dengan pembangunan negara yang ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain telah menyebabkan remaja kita berfikiran jauh ke hapadapan melebihi usia. Jelas kita dapat melihat murid-murid sekolah rendah sudah pandai menyelak kain guru, berbicara tentang seks dan bercintan- cintun. Jika dahulunya, kanak-kanak ini hanya pandai main masak-masak di bawah rumah kini pandai bermain seks dengan rakan sekelas. Segalanya bermula daripada perasaan cinta yang kotor yang mengikuti kehendak hawa nafsu.
Daripada kecil mereka telah didedahkan dengan cinta monyet sehinggalah remaja, mereka tidak dapat meninggalkan cinta monyet. Ketagihan cinta semakin meluap-luap, mereka merasa seronok bermain dengan cinta. Mempermainkan perasaan- perasaan mereka berhati lembut. Habis madu sepah dibuang. Sekarang begitu ramai remaja yang telah rosak dan hancur masa depan ketelanjuran akibat daripada cinta yang membabi buta. Bayi- bayi luar nikah semakin hari semakin bertambah. Mereka tidak mengenal akan asal usul mereka. Tidak mengenal erti ibu dan ayah. Begitulah nasib genarasi mereka seterusnya. Bagaikan tiada asal usul dan keturunan. Semuanya berpunca daripada sebuah percintaan.
No comments:
Post a Comment