“Kakak ! kakak! nie fail tertinggal” laung ibuku dari dalam kereta.
Aku terpaksa berpatah balik kerana semua dokumen penting aku berada dalam fail tersebut. ‘Aduh’ aku mengeluh sendirian. Aku berasa hari ini merupakan hari yang paling penat kerana aku terlewat untuk mendaftarkan diri ke Institut perguruan Islam.
Hari ini 14 Julai 2004 merupakan pengambilan pelajar-pelajar baru untuk Program persediaan ijazah sarjana muda pendidikan. Aku terlewat bangun kerana semalam aku keluar dengan member-memberku. Mereka mengadakan parti untuk meraikan kejayaan aku kerana di terima masuk ke Institut Perguruan. Sesungguhnya aku berasa sedikit pun tidak teruja kerana bukan cita-citaku untuk menjadi guru. Aku di paksa kerana semua jalan telah ditutup oleh kerenah ibuku yang macam-macam ini.
No comments:
Post a Comment