pujangga ada mengatakan "bercinta tak semestinya akan bersama" dan "kalau sayang kita harus lepaskan dia". betulkah kata - kata ini???
erm nak kata betul tu tak lah sangat dan kalau nak kata salah pun nampak macam betul. masalah betul tu. macam mana kawan-kawan semua???
ada pendapat anda pasal kata-kata ini???
saya rasa cinta itu suatu perasaan suci yang di dan ia sangat indah. kenapa saya berkata begini???
cuba kita tengok keadaan sekeliling nak-nak lagi yang tengah bercinta semua benda di rasakan indah. Bagi mereka yang masam pun manis yang hitam jadi putih dan yang salah pun mereka nampak betul. Hal ini didorong oleh nafsu dan godaan syaitan yang hebat. sebab tulah ramai anak-anak muda terlanjur dalam perhubungan mereka. semua ini terletak dalam tangan masing-masing. kalau kita pandai mengawal diri insyaalah walaupun bercinta kita masih mampu mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh.
Namun begitu kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran sepatutnya gunakanlah kelebihan yang ada ini untuk berfikir sematang yang boleh.
buat masa sekarang masa untuk bercinta belum sesuai. kita harus mengenali diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengenali orang lain. bila kita sudah tahu diri kita sendiri masa itulah baru kita berfikir tentang cinta, erm nampak indah kan.
tapi nie cuma pendapat sahaja. kalau ada teman-teman yang sudah mempunya teman istimewa jagalah mereka sebaik yang mungkin. dan yang paling penting jaga diri terutamanya kaum hawa. jangan kerana sayang anda semua gadaikan maruah diri. tapi insyaalh sekiranya kita ikhlas Allah sentiasa bersama kita. jadi selamilah hati dengan mendalam. sudah bersediakah kita untuk bercinta???
seandai dalam bercinta terjadi sesuatu tragedi kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka. kalau dia ditakdirkan pergi berjumpa Allah dahulu redhailah pemergianya. sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia berbanding kita.
kita lepaskanlah mereka mungkin jodoh kita bukan di dunia tapi di akhirat sana. berdoalah semoga roh teman kita itu tenang di sana. mungkin inilah yang dikatakan "sayang tak semestinya memilikinya". cukuplah sekadar kenagan indah bersama terpahat kukuh di hati. fuh sedih la pulak he he he.
akhir kata buat teman-teman yang belum mempunyai teman istimewa jangan susah hati. apa yang paling penting berdoalah kepada Allah semoga dikurniakan jodoh yang baik.
insyaalh takdir Allah itu sangat indah untuk di kenang. buat masa sekarang kejar dulu impian dan cita-cita. bila dah berjaya baru kita pikir macam mana nak cari jodoh yang baik.
oleh itu simpan dulu rasa cinta itu kerana ia terlalu suci untuk dicemari dengan noda dan dosa ciptaan hawa nafsu yang melalaikan.
ingat kata -kata ini, "Loves comes when the times is right..."
sekian, terima kasih kerana membaca...
No comments:
Post a Comment