Tuesday, August 4, 2009

..::LOvE::..

Inilah coretan mengenai cinta dan kasih sayang,

Renungkan untuk kebaikan bersama..
Semoga jiwa tidak kacau....

Jika kita mencintai seseorang,
kita akan mendoakannya walaupun dia tiada disisi kita,


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan.
Dua tangan untuk memegang.
Dua telinga untuk mendengar.
Dan dua mata untuk melihat,

Tetapi mengapa Tuhan menganugerahkan sekeping hati kepada kita?
Kerana tuhan memberikan sekeping lagi hati kepada orang lain,
untuk mecarinya..

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal,
Jika kamu masih mahu mencuba,

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup,
Jangan sesekali kamu menyatakan kamu tidak mencintainya lagi,
Jika kamu masih tidak dapat melupakannya,

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan,
Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati,
Kepada mereka yang masih ingin disayangi walaupun mereka telah disakiti sebelumya ,
Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan,

Jangan simpankan kata-kata sayang pada orang yang dikasihi sehinggalah dia meninggal dunia..
to be continue...

No comments:

Post a Comment