Tuesday, September 8, 2009

Anda telah bersedia untuk bercinta jika...




Anda telah bersedia untuk bercinta jika...

----> niat anda memang untuk berkahwin dengan 'si dia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercinta jika...
----> niat anda hanya untuk suka2 atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercinta jika...
----> sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara2 yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercinta jika...
----> masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan2 yang dilarang oleh agama.

Anda telah bersedia untuk bercinta jika...
----> sudah 'lepas' ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercinta jika...
----> masih kandas dalam ilmu fardhu ain. Mengaji Al-Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan.

Anda telah bersedia untuk bercinta jika...
----> sudah istiqamah menjaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam erti kata sebenar.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercinta jika...
----> mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang2, puasa kadang2...aduhai!

Sumber: Tentang Cinta (Pahrol Mohd Juoi)
READ MORE -

Monday, September 7, 2009

Di mana kau letakkan cinta?


"Adakah kau mampu mengatakan
bahawa kau telah menjadi seorang pencinta,
Adakah kau sanggup
menanggung segala perasaan cinta?
Dan adakah kau yakin
bahawa segala perasaan cinta itu
adalah benar2 cinta?"

"Bila dalam diammu
Kau dengarkan suara2 Sang Kekasih
Bila dalam renungan
Yang kau pandang hanyalah Kekasih
Bila tangis dan air mata jatuh
Hanya kerana rindu kepada Kekasih
Hingga dadamu
penuh dengan nama Kekasih
Hingga seluruh batang tubuhmu
Memanggil nama Kekasih
Dan tidak ada yang lain selain Kekasih"


"Maka terimalah segala suka dan duka
yang kan Dia pinta kepadamu
Apakah kau benar2
Seorang Pencinta atau Pendusta"

"Di manakah kau letakkan CINTA?"

Karya: Doddy Iskandar
Antologi Puisi Sufi
Cinta Pohon Tamar

"Ya Allah, sesungguhnya kami mencintai-Mu dengan sebenar-benar cinta. Mohon jangan Kau uji cinta kami ini dengan ujian yang kami tak mampu tanggung sendiri tanpa-Mu..."

READ MORE -

sepasang sutera biru.

“Kakak ! kakak! nie fail tertinggal” laung ibuku dari dalam kereta.
Aku terpaksa berpatah balik kerana semua dokumen penting aku berada dalam fail tersebut. ‘Aduh’ aku mengeluh sendirian. Aku berasa hari ini merupakan hari yang paling penat kerana aku terlewat untuk mendaftarkan diri ke Institut perguruan Islam.
Hari ini 14 Julai 2004 merupakan pengambilan pelajar-pelajar baru untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Aku terlewat bangun kerana semalam aku keluar dengan member-memberku. Mereka mengadakan parti untuk meraikan kejayaan aku kerana di terima masuk ke Institut Perguruan ini. Sesungguhnya aku berasa sedikit pun tidak teruja kerana bukan cita-citaku untuk menjadi guru.
Aku dipaksa oleh ibuku untuk masuk ke institut ini. Arh! Bencinya aku merungut dalam hati. Aku terpaksa memilih institut ini kerana ibuku mengugut untuk menghalau aku keluar dari rumah sekiranya aku tidak mengikut arahannya. Aku terpaksa kerana tiada pilihan lain. ‘Ah ibu langsung tidak memikirkan perasaan aku’. Bencinya aku menjerit dalam hati sambil melangkah ke tempat pendaftaran yang disediakan. Aku menurunkan tandatangan selepas melihat namaku tertera di atas kertas yang ditunjukkan.
Aku berasa sangat geram dan sepanjang proses pendaftaran itu aku hanya mendiamkan diri dan mengikut sahaja arahan yang di berikan oleh para pelajar yang bertugas di setiap kaunter pendaftaran tersebut. Kalau dianalogikan, muka ku pada waktu itu seperti cuka yang diperam setahun yang lalu. Entahlah. Aku pasti orang yang melihat muka aku akan mengatakan aku sombong. Ah biarkan kerana aku tak pinjam muka mereka pun.
Kebisuan aku berterusan sehinggalah seorang hamba Allah menegurku.
“saudari kalau ye pun tak suka tempat nie apalah salahnya kalau awak senyum. Murah sikit rezeki pagi-pagi nie”,
Kata hamba Allah itu sambil tersenyum memandang aku.
Aku yang tengah panas terasa seperti bom yang akan melatup pada bila-bila masa sahaja. Namun aku sedar aku dimana sekarang. Takkanlah aku hendak mencari musuh pada hari pertama aku disini. Lantas aku hanya menjeling tajam sahaja kepada lelaki yang menegur aku itu. Selepas itu, aku pun terus berlalu kerana selepas ini aku harus mendaftarkan diri di kaunter asrama pula. Biarlah malaslah aku nak fikirkan siapa lelaki yang menegur aku tadi. Akhirnya selepas mendaftarkan diri di kaunter asrama aku ditempatkan di asrama Siti Khadijah iaitu asrama blok C. Asramanya bolehlah tahan dan sederhana sahaja. Ini lebih baik kalau nak dibandingkan daripada terpaksa menyewa diluar kampus.
Ketika aku melangkah masuk ke bilik yang diberikan, roomateku sudah siap berkemas. Erm nampaknya aku memang sudah lewat. Ah biarkan sajalah bukan kene saman pun. Aku hanya tersenyum sekilas sahaja melihat roomateku itu.
Ketika aku sedang berkemas dia datang ke katil aku dan memulakan perbualan.
“Hai saya Aishah, budak Johor nama awak sape?”
“Oh hai. Saya Suzila saya orang sini je”.
Dia yang mendengar penjelasan aku mengaggukkan kepala sambil tersenyum.
“So, saya nak panggil awak ape? Sue, azie atau Suzila?” Tanya dengan ramah.
“Awak boleh panggil saya Azie”, aku tersenyum memandangnya.
“Ok awak ambik course apa kat sini?” tanya Aishah lagi
“Saya amik Tessel awak?”, aku mula dapat menyesuaikan diri dengan roomateku ini.
“Oh Tessel saya amik math kat sini. Well selamat berkenalan saya harap kita dapat sesuaikan diri kat sini. Ah sebelum terlupa awak boleh panggil saya Along”.
“Hah??? Kenapa nama awak dengan nick name tak sama?”.
“Along itu nama timangan saya. Saya anak sulung dalam family so ibu dan ayah saya panggil saya along. Saya dah terbiasa guna nama tu dari zaman sekolah lagi. So kalau orang panggil Aishah saya susah nak response” kata Aishah sambil tersenyum memandang aku.
“Oh”, aku hanya menganggukkan kepala mendengar jawapan Aishah itu.
Sepanjang seminggu minggu orentasi aku mula dapat sesuaikan diri dengan Institut Perguruan Islam ini. Walaupun jauh di sudut hati aku masih terkilan dengan keputusan ibu namun semua itu ku simpan jauh di dasar hati.
Hari ini hari pertama aku masuk ke kelas selepas seminggu orentasi. Aku ditempatkan di kelas PPISMP 1.08 dimana dalam kelas aku ada 12 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Namun kuasa Allah tidak siapa tahu. Aku sangat terkejut kerana aku berjumpa lagi dengan lelaki ini. Dia merupakan lelaki yang menegur aku ketika aku mula – mula melangkah kaki ke sini. Tetapi itu belum masalah besar kerana masalah aku yang terbesar ialah lelaki ini atau nama sebenarnya Mohd Syukrie bin Haji Halim atau lebih mesra dipanggil Ayie telah dilantik menjadi ketua kuliah aku. Dan perkara yang lebih malang aku pula dilantik menjadi penolong ketua kuliah. Aku tidak tahu apa masalah rakan sekelasku kenapa mereka suka sangat menyusahkan hidup aku.
Hari pertama kuliah aku sudah bergaduh dengan Ayie. Ayie tiba – tiba menyindir aku dan aku apa lagi hanginlah satu badan. Nampaknya dia kini menjadi musuh nombor satu aku di maktab ini. Aku dan dia seperti anjing dengan kucing kerana kami masing – masing ada pendapat dan masing – masing ingin mempertahankanya. Ayie kata A aku akan akan kata B dan begitulah sebaliknya.
Boleh dikatakan hari – hari aku bergaduh dengan Ayie kerana kami tidak sehaluan. Namun Ayie boleh diketegorikan lelaki sabar kerana di akhir pergaduhan kami dia akan beralah. Aku apa lagi akan tersenyum dengan bangga kerana kemenangan berada di pihak aku. Keadaan ini tidak tahan lama. Pada suatu hari aku bergaduh lagi dengan Ayie. Kali nie pasal Ayie menyuruh aku memanggil pensyarah untuk masuk ke kelas. Aku yang pagi itu mood kurang baik terus melenting apabila dia menyuruh aku membuat kerja itu. aku memarahi Ayie kerana kerja itu merupakan kerja dia. Ayie yang sememangnya tengah bengang pagi itu memarahi aku balik.
“Hei Azie aku dah muak dengan sikap engkau nie. Ko nie tak de sedikit perasaan tanggungjawanb ke dengan kelas kita?. Aku rasa kalau macam nie baik ko letak jawatan je lah. Dosa aku pun tak banyak hari-hari asyik gaduh dengan ko je. Bosan tau tak”.
Belum sempat aku menjawab kata-kata Ayie tiba-tiba Encik Rostam iaitu ketua Jabatan Bahasa Inggeris melalui kawasan kelas aku. Apa lagi dia pun masuklah ke kelas kerana kelas kami waktu itu bising macam pasar.
“Well Azie and Ayie I want both of you to my office now!!!”.
Arah encik rostam dengan tegas. Aku waktu itu sudah kecut perut namun Ayie kelihatanya selamba sahaja.
‘Cis mamat nie waktu-waktu macam nie kau boleh buat muka belacan lagi?’ rungutku dalam hati tatkala melihat Ayie.
Selepas encik Rostam keluar aku dan ayie pun menyusur beliau ke Jabatan Bahasa Inggeris.
“Well Ayie dan Azie apa masalah awak berdua sebenarnya? Awak tahu tak sebagai penolong dan ketua kelas awak berdua sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada kelas bukan bergaduh macam-macam budak-budak. Tak malu ke orang tengok?”
Encik Rostam memulakan ceramahnya.
Aku hanya terdiam apabila mendengar kata-kata Encik Rostam itu. Namun Ayie yang menunduk dari tadi terus mengangkat muka dan berbicara.
“Maafkan kami sir. Sebenarnya kami memang macam nie. Kami gaduh kejap je lepas nie kami berbaiklah balik. Alah sir biasalah Azie nie suka bergurau pagi-pagi macam nie. Tapi saya tahu dia tak bermaksud dengan apa yang dia katakan tu”, Ayie menjawab bagi pihak aku.
‘Cis tak payah la tipu Encik Rostam Ayie oi. Kita memang tak sehaluan pun’. Kata – kata ini hanya terluah dalm hatiku sahaja. Aku yang malas menyampuk kata-kata Ayie hanya tersenyum sebaik sahaja Ayie melafazkan kata-kata itu. Biarlah tanggapan Encik Rostam akan terus begitu.
“Baiklah awak berdua boleh balik ke kelas. Lepas nie saya tak nak tengok lagi kamu bergaduh. Saya nak kamu ingat sikit kelas kamu tu satu-satunya kelas major Bahasa Inggeris di sini. Kalau semua orang bergaduh nanti Jabatan Bahasa Inggeris juga akn turut terkena tempiasnya. Kalau boleh saya nak kamu tunjukkan contoh terbaik sebabai pelajar tassel. Biar orang hormat sikit dekat kita. Boleh?”.
“Baiklah sir lepas nie sir takkan lihat kami bergaduh lagi. saya akan cuba untuk bertolak ansur dengan Azie”.
“Err... maafkan kami sir”.
Akhirnya aku bersuara.
“Baiklah kamu berdua boleh balik ke kelas nanti lecturer marah pulak”. Kata encik rostam sambil tersenyum.
Sejak daripada peristiwa hari itu, aku akhirnya tidak bertekak dengan Ayie lagi. walaubagaimana pun tembok pemisah antara kami masih teguh lagi berdiri. Aku masih tidak bercakap dengan Ayie namun semua arahannya aku laksanakan tanpa banyak kerenah. Kadang kala kesian juga aku melihat Ayie. Dia cuba berkomunikasi dengan aku tapi aku buat muka sengal dan poyo.aku hanya mengangguk dan menggelengkan kepala apabila bercakap dengan Ayie. Ayie yang bosan dengan sikap aku akhirnya membiarkan aku sendiri. Dan dia hanya bercakap perkara yang perlu sahaja dengan aku. Biarlah keadaan ini berlalu asalkan kami tidak berbaduh lagi seperti sebelum ini.
Aku tidak sangka masih ada orang yang tidak berpuas hati dengan keadaan kami itu mereka cuba menyatukan aku dan Ayie. Kadang-kadang kalau difikirkan sengal la idea meraka. Mereka yang dimaksudkan tak lain tak bukan Nabila, Along Saiful dan Anuar. Walaupun Along bukan budak kelas aku tetapi dia seorang roomate yang prihatin. Dia juga tidak mahu aku bermasam muka lagi dengan Ayie. Aku tahu hal ini kerana Along dan Ayie merupakan pelajar dari sekolah yang sama. Jadi tak hairanlah semua masalah kelas aku dan Ayie berada dalam pengetahuanya. Selain itu Along juga baik dengan Nabila, Saiful dan Anuar.
Pada suatu hari suatu perkara yang aku kira luar biasa telah terjadi. Aku menerima sepucuk surat daripada Ayie. Dalam surat tu tertulis

Azie boleh jumpa tak hari ini pukul 5.30 petang di kafeteria Blok C. Saya ada perkara penting nak cakap.
Ayie.
Aku yang malas untuk mencari banyak masalah terus pergi ke kafeteria tepat jam 5.30 petang seperti yang tertulis dalam surat tersebut. Ketika aku sampai di kafeteria aku lihat Ayie sudah berada di sana. Tak jauh dari tempat Ayie aku lihat Nabila, Saiful, Anuar dan Along sedang berborak dengan rancak sambil menikmati minum petang.
“Haa ada apa nak jumpa aku nie?”, aku bertanya sebaik sahaja duduk di depan Ayie.
“Haa??? Apa yang kau cakap nie aku tak pahamlah. Kalu ye pun bagilah salam dulu. Lagi satu bukan ke kau yang nak jumpa aku petang nie???”.
“What???”, Aku makin keliru dengan kata-kata Ayie.
“Ayie bukan ke kau yang tulis surat kat aku kata nak jumpa petang nie. Dahlah tulis surat macam orang dulu-dulu. Kenapa kau dah tak de kredit ke nak hantar mesej ke?”
Aku menyoal dengan sinis.
“Hei dengar sini baik baik. Aku dapat surat daripada kau. Nah nie tengok baik-baik nama kau ada kat bawah. Nak aku bacakan ke. Sedap mulut je kata kat aku. Yang dia kuno tak sedar”. Ayie membalas balik kata-kata aku.
“Haa? Surat. Weh aku tak atar surat pun kat kau. Kejap nape tulisan surat kau dan aku sama???. Eh Ayie kau fikir tak apa yang aku fikir?”, aku bertanya kepada Ayie.
“Hish kau nie manalah aku nak tahu tahu. Aku bukannya ahli nujum. Kalu aku tahu apa yang kau fikir takdelah kita dok bergaduh hari-hari”.
Aku menari nafas dalam-dalam dan tersenyum kepada Ayie.
“Haa kan cantik kalau kau senyum macam tu hari-hari. Tak delah muka tu nampak tua sangat”.
“Kuram asam punya Ayie. Woi aku tak lah tua sangat kau lagi tua daripada aku. Dah back to the topic. Aku rasa kita dah kene main nie. Ada orang nak kita berbaik dan yang paling penting dia nak kita jadi kawan dan aku rasa aku tau nie kerja sapa”.
“Sape weh?” Ayie bertanya dengan tidak sabar.
“Tu kau nampak tak kat meje sana tu. Dari dari tadi aku lihat dia macam dok pandang je kat sini. Mungkin diaorang takut kita bergaduh lagi kot dan aku rasa kita patut tamatkanlah perang antara kita. Aku dah penat weh. Aku nak hihup macam orang yang normal pergi kelas tanpa ada perasaan benci lagi”.
“Aku pun rasa macam tu. Kita patut hargai usaha Along, Nabila, Saifu dan Anuar. Tapikan apa kata kalau kita buat gimik nak?. Biar diaorang panik tengok kita bergaduh lagi. ok tak???”.”
“Wah aku tak sangka kau nie pandai juga bab-bab nak kenakan orang ye. Aku on je tak kisah”.
Lalu bermulah sandiwara Aku dan Ayie. Aku berpura-pura marah dan bangun sambil menolak kerusi di kafe dan berjalan keluar dengan muka yang marah.
Ayie yang melihat keadaan itu terus bangun dan mengejar aku. Saat itulah kawan-kawan aku yang lain bangun. Mereka panik dan terus mengejar kami. Namun bukan mereka sahaja hampir semua pelajar yang berada di kafe pada masa itu juga melihat aku. Fuh malunya bukan main. Tapi nasib baiklah kejap aje keadaan ini berlangsung. Selepas itu mereka semua menyambung kembali hal masing-masing yang tertangguh tadi.
Di luar kafe.
“Ayie aku tak puas hati a dengan kau nie. Sebenarnya apa masalah kau nie. Kalau kau tak suka dengan cara aku, cakap. Jangan main cakap belakang tak gentleman la weh”. Aku mula berlakon tanpa skrip dan nampaknya Ayie juga tak mahu kalah dengan aku.
“Hei Azie kau ingat kau tu baik sangat. aku tahu kau pun selalu juga kutuk aku kat belakang. Blah la kau. Macamlah cantik sangat weh nenek aku lagi cantik dan berbudi bahasa dari kau tahu tak???”.
“Wah nie dah lebih. Aku tak kisah pun kau kata aku tak cantik. Aku bukan makwe kau pun. Kau kata aku tak cantik tapi orang lain kata aku cantik. Lagi satu kata-kata kau tu tak jadi kudis pun untuk aku. Piiiiirah”.
“Eleh aku pun tak berminat nak jadikan kau makwe aku dahlah kasar semacam jer”.
Belum sempat aku membalas kata- kata Ahyie, tiba-tiba kawan-kawan ku sampai di tempat kami.
“Ayie, Azie dan lah tu. Weh kauorang tak penatke asyik gaduh je dari mula kenal sampailah hari nie?”.
Along mula bersuara.
“Azie kau tu perempuan tak elok tahu tak bergaduh dengan lelaki. Dan kau pulak Ayie nama je lelaki tapi macam kayu kat tepi jalan tahu tak?. Tak reti langsung nak hormat perasaan perempuan. Aku ingat buat macam nie korang akan berbaik tapi hampeh. Makin teruk adalah. Weh penat je aku dan saiful tulis surat tu tau tak?”
Along sudah mula memberi ceramah.
Aku dan Ayie yang mendengar kata-kata Along itu terus ketawa terbahak-bahak. Tak sangka mereka semua tertipu dengan lakonan kami.
“Haa along akhirnya kau mengaku jugak. Kau yang tulis surat tu kan. Well thanks to your guys aku dan Ayie dah berbaik dah. Tadi tu gimik je nak tengok reaksi korang macam mana”.
Aku berkata sambil ketawa terbahak-bahak dan Ayie nampaknya sudah keluar air mata kerana tak tahan terlalu kelakar dengan situasi itu.
“Tak guna punya roomate. Kau nie buat aku suspen je jaga kau”.
Along sudah mula membuka langkah untuk mengejar aku. Aku apa lagi takkan nak tunggu kot. Dan sekejap sahaja semua orang mula berlari yang lelaki mengejar Ayie dan yang perempuan mengejar aku.
“Weh kawan-kawan. Sudah la tu. Aku surrender. Baiklah untuk menghargai hari yang penuh bersejarah nie, aku sebagai ketua kelas PPISMP 1.08 akan belanja anda semua minum petang nak tak?”,
Ayie mengusulkan cadangan. Nampaknya pokailah duit Ayie kerana cadangannya itu disambut baik oleh semua orang.
Bermula dari detik itu, aku dan ayie tidak bergaduh lagi. kami telah menjadi sahabat baik dan boleh duduk semeja untuk berunding. Tiada lagi pergaduhan yang berlaku seperti mula-mula kami kenal dulu. Dan semua orang terkejut dengan perubahan yang mendadak itu. sejak hari itu PPISMP 1.08 menjadi sebuah kelas yang tenang setenang air di kali.
“Namum ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Pada suatu hari, ketika cuti semesta ke- 2 aku menerima panggilan daripada Along. Dan panggilan ini telah merubah hidup aku untuk selamanya.
“Azie, kau jangan terkejut, ada satu berita yang tak baik yang aku nak sampaikan kepada engkau”.
“Apa dia?”, Aku menyoal dengan tidak sabar.
“Untuk pengetahuan kau Ayie accident pagi tadi. Sekarang dia dekat Hospital besar Kuala Lumpur. Kalau kau nak tengok dia baik kau cepat keadaan dia kritikal sangat”.
“What??? Aku menjerit dan serentak dengan itu air mata aku mula gugur ke bumi. Along kau tak main-mainkan aku kan?”, Dan aku sudah mula teresak-esak.
“Tak aku serius baik kau cepat”.
“Baiklah aku ke sana sekaran”.
Perjalanan dari Selangor ke Hospital Kuala Lumpur mengambil masa dua jam. Dalam hati aku berdoa tidak putus-putus berharapa agar Ayie akan selamat. Aku tidak mahu kehilangan sahabat yang baik seperti Ayie. ‘Ya Allah selamatkanlah Ayie’ aku berdoa dalam hati.
Ketika aku sampai di Hospital aku lihat keluarga Ayie dan Along sedang menunggu di luar bilik pembedahan. Menurut Along Ayie sudah berada 5 jam dalam bilik tersebut dan keadaannya sangat kritikal. Aku yang mendengar kata-kata itu hampir pengsan. Lemah rasanya lututku ini.
“Along macam mana Ayie accident?” Aku menyoalnya.
“Menurut Aunty Salmah Ayie accident balik dari Nilai. Dia pergi dengan adik dia ke Nilai katanya nak beli hadiah hari jadi untuk kawanya. Dalam perjalanan balik tiba-tiba ada sebuah kereta yang keluar dari simpang tak bagi signal dan terus memecut laju memotong Ayie. Ayie yang hilang imbangan terus menekan brek kecemasan motor dan pada ketika itulah sebuah kereta dari arah yang bertentangan datang dan terus merempuh motor Ayie. Tapi nasib baik adik Ayie tercampak dan patah tangan kanan dan kaki kiri tetapi ayie terpelosok ke bawah kereta dan kepalanya terhantuk dengan bumper kereta. Gegaranya agak kuat. Akibat daripada hentakan yang kuat itu, 3 tulang rusuk sebelah kiri Ayie patah dan tangan kanannya juga patah dan yang paling teruk tulang peha kanan Ayie juga patah tiga digilis kereta”.
Along menjelaskan serba sedikit cerita tentang kemalangan yang menimpa Ayie. Aku hanya mampu menangis mendengar cerita ayie. Ya Allah kenapa Kau timpakan dugaan yang besar untuk sahabatku ini. Ketika aku sedang mengangis mengenangkan nasib Ayie tiba-tiba doktor keluar dari bilik pembedahan dan semua orang meluru ke arah doktor tersebut.
“Doktor bagaimana keadaan anak saya?” Encik Halim iaitu ayah kepada Ayie bertanya kepada doktor tersebut.
“Maafkan saya kami dah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih sayangkan dia. Saya harap encik banyak-banyakkan bersabar semoga roh allahyarham tenang di sana”. Kata doktor tersebut sambil berlalu.
Selepas doktor tersebut pergi, mayat ayie pun di sorang keluar dari bilik pembedahan. Sebaik sahaja aku terpandangkan mayat Ayie akhirnya aku terus rebah dan tak sedarkan diri. Aku hanya membuka mata apabila terasa percikan air di muka ku.
“Azie bangun dah petang nie lama sangat kau pengsan sampai aku dah takut nie. Kau sihat tak”? Along bertanya kepada aku.
“Sebaik sahaja aku sedar aku terus menangis. Along macam mana dengan mayat Ayie?.
“Alhamdulillah mayat allahyarham dah selamat dikebumikan tadi”. Haa masa kau pengsan parents aku bawa kau jumpa doktor. Doktor yang merawat kau tadi kata kau sihat Cuma terkejut je. Takut aku tengok keadaan kau tau. Muka pucat macam mayat. So doktor inject ubat tidur kat kau tu yang kau tidur sampailah ke petang. Nasib baik ayah aku kuat dia yang angkat kau tadi. Azie aku rasa malam nie kau tidurlah kat rumah aku. Aku dah call mak kau dan dia tahu pasal kematian sahabat kau so dia bagi kau tinggal kat sini sampai esok”.
Panjang lebar Along menjelaskan kepada aku.
“Thanks Along kau memang sahabat yang baik”.
‘Dahlah kau rehatlah ye. Haa sebelum aku terlupa tadi mak Ayie ada bagi nie kat kau. Mula -mula dia tanya nama kau jadi aku cakaplah lepas tu dia dia terus bagi nie kat kau. Dia kata arwah Ayie nak bagi kat kau masa buka sem nanti. Tapi memang dah tak de jodoh agaknya korang nak jumpa so dia bagi nie kat kau sekarang. Weh rehatlah aku keluar kalau ada apa-apa panggil aku kat luar ye”.
Kata Along sambil melangkah keluar dari bilik tersebut. Sebaik sahaja along melangkah keluar, aku pun membuka hadiah yang diberikan tadi. Aku terkejut kerana hadiah tersebut sangat cantik dan ia adalah sepasang kain sutera biru. Sutera tersebut berwarna biru dan kainnya sangat lembut. Beserta kain sutera itu, terdapat sepucuk surat daripada arwah Ayie yang berbunyi:
Kehadapan sahabatku Azie...
Aku harap kau gembira menikmati cuti semesta, jangan lupa untuk ulang kaji sikit-sikit nanti naik cuti sem kan tak tahu apa-apa pulak...
hahaha lawak je...
weh sebenarnya aku tulis surat nie sebab nak ucap terima kasih sebab kau sudi berkawan dengan aku. Aku tahu sebaik sahaja habis cuti nie birthday kau kan so hadiah nie untuk kau. Selamat Hari lahir yang ke – 19 Suzila Arifin. Aku tak tahu mengapa aku berasa sedih sangat saat aku menulis surat nie.
Azie aku harap lepas nie kau jaga diri baik-baik ye. Aku dapat rasakan aku akan pergi jauh. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk menjadi orang yang first ucap hapy besday kat kau. Azie untuk pengetahuan kau... aku sebenarnya suka kat kau. Kalau boleh aku nak kita jadi lebih daripada kawan. So, aku tunggu jawapan kau lepas baca surat nie. Ambil masa untuk fikir.
Akhir kata maafkan aku andai aku pernah melukai hatimu. Tapi aku ingin kau tahu jauh di sudut hatiku aku sangat menyayangi mu. Kau adalah wanita pertama yang menghuni hatiku ini. Azie maafkan aku andai luahan hatiku ini mengganggu ketenangan harimu. Sekali lagi, akhir kata andai kita tak bertemu lagi selepas ini aku nak kau jadilah seorang guru yang berdedikasi dan komitmen dengan tugas. Ingat kerjaya sebagai seorang guru itu sangat mulia di sisi Allah S.W.T.
Azie saya tunggu jawapan Awak...
Sekian...
..................................
Syukrie Haji Halim @ ayie.
Menitis air mataku tatkala aku membaca surat Ayie itu. Aku akui dalam hati, aku juga ada menyimpan perasaan kepadanya. Dan perasaan ini akan terus menemani aku sampai bila.
Ayie saya terima luaha hati awak. Aku berbisik dalam bati sambil mengesat air mata. Selepas itu aku bangun dan megambil wuduk untuk membaca yasin untuk disedekahkan kepada arwah ayie.
5 tahun kemudian...
Hari ini merupakan hari pertama aku mengajar di sekolah ini. Dan hari ini aku memakai sutera biru yang dihadiahkan oleh arwah Ayie 5 tahun yang lepas. Aku sudah berjanji yang baju ini akan aku pakai pada hari pertama aku mengajar di sekolah nanti.
Ketika aku sedang dalam perjalanan ke bilik guru, tiba-tiba aku terlanggar dengan seorang lelaki. Habis semua buku latihan pelajar yang kupegang jatuh berderai di atas lantai. Lalu aku membongkokkan badan untuk mengutip buku yang jatuh itu.
“Maafkan saya saudari saya tak sengaja”.
lelaki itu bersuara sambil bangun menyerahkan buku yang dikutipnya kepada aku.
“Tak pe saya yang salah. Maafkan saya saudara”,
Kataku sambil mengangkat muka untuk melihat siapakah gerangan lelaki yang aku langgar tadi.
Sebaik sahaja aku melihat muka lelaki tersebut aku menjerit,
“Ayie!!!”
Dan buku yang dikutip tadi jatuh kembali ke lantai sambil aku tergaman melihat lelaki tersebut.
Tamat???
READ MORE -

Saturday, September 5, 2009

Jom tengok...alam juga mengenal cinta



































READ MORE -

Wednesday, September 2, 2009

Cara Mengatasi Cinta 'Terlarang'

Sering kali kita dengan bahawa cinta itu buta. Tidak hairanlah jika mereka sanggup meredah lautan api, mendaki gunung yang tinggi atau mengharungi ribut taufan. Mereka bagaikan berada di alam lain. Namun begitu, apabila nasi sudah menjadi bubur, mereka menyesal sehingga tiada kesudahan. Begitulah senario pelajar IPG sekarang. Berita pelajar IPG yang ditangkap khalwat masih terngiang-ngiang ditelinga ini. Siapakah pihak yang bertanggungjawab mengatasi masalah ini? Kerana cinta mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan maruah, agama, keluarga dan masyarakat. Adakah dengan denda sebanyak RM 500 sudah memadai dengan kesalahan yang telah dilakukan itu? Sudah tentu sama sekali tidak memadai. Wang ringgit boleh dicari dengan mudah tetapi hilangnya maruah diri umpama jiwa yang meronta kesakitan. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan titik tambah tolaknya sebuah percintaan yang hina. Bagaimanakah kita ingin mengatasi masalah bercinta yang membawa kepada masalah sosial ini?

Sebagai bakal-bakal guru, pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia,IPGM seharusnya lebih memahami dan matang dalam menyesuaikan diri dalam alam remaja ini. Kita perlu sedar alam remaja ini bukan masanya untuk kita berfoya-foya tetapi tuntunlah sebanyak mana ilmu dan pengalaman yang boleh dijadikan bekalan untuk masa hadapan. Tanggungjawab yamg dipikul sebagai bakal pendidik seharusnya jelas di mata setiap pelajar IPGM. Tindak-tanduk mereka sering diperhati. Hal ini kerana, ingin menjadi seorang guru bukanlah sesuatu pekerjaan ynag mudah. Sekiranya bakal guru bercinta membabi buta, bagaimanakah mereka ini mahu mendidik generasi akan datang untuk mengenal cinta yang hakiki?

1. Hendaklah bercinta di atas dasar kerana mencintai Allah

Sabda Rasulullah SAW:
" Tiga perkara yang barang siapa mendapatnya terasalah dia akan kemanisan iman :
1. Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain.
2. Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain, melainkan Allah
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara langkah yang paling penting dalam mengatasi masalah yang semakin berleluasa ini ialah kesedaran yang tinggi dalam diri setiap pelajar. Bagi mereka apabila mempunyai seorang kekasih yang sangat dicintai, mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap pasangannya mengikut kehendak hati mereka. Pelajar-pelajar sewajarnya mengutamakan cinta kepada Maha Pencipta terlebih dahulu. Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah. Telah terang lagi bersuluh, sememangnya benarlah tanpa cinta yang agung kepada-Nya tidak layak bagi kita untuk mencintai diri sendiri dan orang. Perkara ini adalah kerana melalui cinta kepada Allah kita dapat mengenal akan cinta orang lain dan diri sendiri.

2. Perubahan dalam diri

Perubahan dalam diri sangat penting bagi mengatasi cinta yang terlarang ini. Kesedaran yang tinggi akan dosa dan pahala. Mereka yang matang mampu berfikir dengan baik, sudah boleh mengawal perasaan dan serba sedikit memiliki jiwa yang agak tenang. Mereka dapat membezakan yang buruk dan baik. Oleh itu, kita perlu sedar sebarang perbuatan kita yang boleh mendatangkan kesan yang negatif dan dosa kepada diri kita. Cinta yang melanggar peraturan Allah tidak pernah mendapat keredhaan-Nya.

3. Jadikan cita-cita sebagai cinta


Sebagai seorang pelajar di Institut Pengajian Tinggi, kita perlu tahu membezakan antara cinta dan cita-cita. Matlamat utama ketika menjejaknya kaki di institut bukan bertujuan untuk mencari cinta tetapi untuk mencapai sebuah cita-cita. Niat yang betul perlu ditanam sejak awal lagi. Cita-cita itu lebih penting menentukan masa depan kita dan keluarga. Melalui cita-cita juga akhirnya kita akan mendapat cinta yang suci.

4. Sibukkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Melalui melakukan aktiviti-aktiviti yang manfaat, diri kita akan dijauhi daripada perkara-perkara ynag melalaikan. Contohnya, melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di institut dan memegang jawatan dan tanggungjawab. Dengan itu, masa yang ada digunakan dengan baik.

" Jika kita sibukkan diri dengan Islam, diri yang lalai akan sibukkan kita dengan dunia. Jika kita tidak penuhkan jiwa dengan tarbiyyah , jiwa akan dipenuhi dengan syubhah. Hijrahkan jiwa menuju kecintaan pada ilmu yang lebih membawa kepada cinta Yang Maha Agung" Waspadalah hatimu agar ianya selamat daripada kotoran nafsu yang menipu".


5. Mencari sahabat-sahabat yang soleh

Pengaruh rakan-rakan sebaya sangat besar ketika usia remaja. Sesuatu yang menarik sering kali menjadi ikutan. Apabila melihat semua kawan mempunyai kekasih, keinginan untuk merasai perasaan itu pasti terdetik. Malahan sebarang perbuatan lain yang dilakukan oleh kawan-kawan, seringkali diikuti. Oleh itu, bagi mengelakkan kita dipengaruhi oleh unsur-unsur nagetif dalam percintaan hendaklah kita pandai mendampingi dan memilih kawan-kawan. Sahabat itu merupakan cermin keperibadian kita. Jika kita pandai memilih kawan, terselamatlah kita daripada perkara-perkara yang melalaikan diri.
READ MORE -

Saturday, August 29, 2009

Faktor Munculnya Perasaan Cinta

13 Faktor Munculnya perasa Cinta

Cinta adalah fitrah manusia. Cinta juga salah satu bentuk kesempurnaan penciptaan yang Allah berikan kepada manusia. Allah menghiasi hati manusia dengan perasaan cinta pada banyak hal. Salah satunya cinta seorang lelaki kepada seorang wanita, demikian juga sebaliknya.

Rasa cinta boleh menjadi satu anugerah jika diluahkan sesuai dengan bingkai nilai-nilai ilahiyah. Namun, perasaan cinta dapat membawa manusia ke jurang kedustaan apabila perasaan ini timbul demi kesenangan semata-mata dan dikendalikan nafsu liar.

Islam sebagai syariat yang sempurna, memberi koridor bagi penyaluran fitrah ini. Apalagi cinta yang kuat adalah salah satu tenaga yang boleh merapatkan hubungan seorang lelaki dan wanita dalam mengarungi kehidupan rumah tangga. Dengan itu, seorang leaki soleh tidak dapat dalam memilih wanita untuk dijadikan pendamping hidupnya.

Ada banyak faktor yang boleh menimbulkan rasa cinta seorang lelaki kepada wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Antara faktor tersebut adalah:

1. Akidah yang shahih dan mantap

Keluarga adalah salah satu benteng akidah. Sebagai benteng akidah, keluarga harus benar-benar kokoh dan tidak bisa ditembus. Jika rapuh, maka rosaklah segala-galanya dan seluruh anggota keluarga tidak mungkin selamat dunia dan akhirat. Dan faktor penting yang boleh membantu seorang lelaki menjaga keteguhan benteng rumah tangganya adalah isteri yang solehah yang berakidah shahih serta mempunyai pemahaman yang betul akan peranan dan fungsinya sebagai madrasah bagi calon pemimpin umat generasi akan datang.

Allah menekankah hal ini dalam firmanNya, "Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran." (Al-Baqarah: 221)

2. Faham akan agama dan mengamalkannya

Ada banyak hal yang membuat seorang lelaki mencintai wanita. Antaranya kerana kecantikan wajahnya dan status sosialnya. Namun ada juga lelaki menikahi seorang wanita itu kerana kaya. Tapi, kata Rasulullah yang beruntung adalah lelaki yang mendapatkan wanita yang faqih dalam urusan agamanya. Itulah wanita dambaan yang lelaki soleh.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda, "Wanita dinikahi karena empat perkara: karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka, ambillah wanita yang memiliki agama (wanita solehah), kamu akan beruntung." (Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw. juga menegaskan, "Dunia adalah perhiasan, dan perhiasan dunia yang paling baik adalah wanita yang solehah." (Muslim, Ibnu Majah, dan Nasa'i).

Jadi, hanya lelaki yang tidak berakal yang tidak mencintai wanita shalihah.

3. Dari keturunan yang baik

Rasulullah saw.tidak menyukai kaum lelaki yang soleh yang tidak mahu berkahwin. "Jauhilah rumput hijau sampah!" Mereka bertanya, "Apakah rumput hijau sampah itu, ya Rasulullah?" Nabi menjawab, "Wanita yang baik tetapi tinggal di tempat yang buruk." (Daruquthni, Askari, dan Ibnu 'Adi)

Karena itu Rasulullah saw. memberi tuntunan kepada kaum lelaki yang beriman untuk selektif dalam mencari istri. Bukan saja harus mencari wanita yang tinggal di tempat yang baik, tapi juga yang punya keluarga dan saudara-saudara yang baik kualitasnya. "Pilihlah yang terbaik untuk nutfah-nutfah kalian, dan nikahilah orang-orang yang sepadan (wanita-wanita) dan nikahilah (wanita-wanitamu) kepada mereka (laki-laki yang sepadan)," kata Rasulullah. (Ibnu Majah, Daruquthni, Hakim, dan Baihaqi).

"Carilah tempat-tempat yang cukup baik untuk benih kamu, karena seorang lelaki itu mungkin menyerupai paman-pamannya,” begitu perintah Rasulullah saw. lagi. “Nikahilah di dalam "kamar" yang soleh, karana perangai orang tua (keturunan) itu menurun kepada anak.” (Ibnu 'Adi)

Karena itu, Utsman bin Abi Al-'Ash Ats-Tsaqafi menasihati anak-anaknya agar memilih benih yang baik dan menghindari keturunan yang jelek. "Wahai anakku, orang menikah itu laksana orang menanam. Karena itu hendaklah seseorang melihat dulu tempat penanamannya. Keturunan yang jelek itu jarang sekali melahirkan (anak), maka pilihlah yang baik meskipun agak lama."

4. Masih gadis

Siapapun tahu, gadis yang belum pernah dinikahi masih punya sifat-sifat alami seorang wanita. Penuh rasa malu, manis dalam berbahasa dan bertutur, manja, takut berbuat khianat, dan tidak pernah ada ikatan perasaan dalam hatinya. Cinta daripada seorang gadis lebih murni karana tidak pernah dibahagikan dengan orang lain, kecuali suaminya.

Karana itu, Rasulullah saw. menganjurkan menikah dengan gadis. "Hendaklah kalian menikah dengan gadis, karena mereka lebih manis tutur katanya, lebih mudah mempunyai keturunan, lebih sedikit kamarnya dan lebih mudah menerima yang sedikit,"begitu sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi.

Tentang hal ini Aisyah pernah menanyakan langsung kepada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika engkau turun di sebuah lembah lalu pada lembah itu ada pohon yang belum pernah digembalai, dan ada pula pohon yang sudah pernah digembalai; di manakah engkau akan menggembalakan untamu?" Nabi menjawab, "Pada yang belum pernah digembalai." Lalu Aisyah berkata, "Itulah aku."

Menikahi gadis yang cantik akan melahirkan cinta yang kuat dan mengukuhkan pertahanan dan kesucian. Namun, dalam keadaan tertentu menikahi janda kadang kala lebih baik daripada menikahi seorang gadis. Ini terjadi pada kasus seorang sahabat bernama Jabir.

Rasulullah saw. sepulang dari Perang Dzat al-Riqa bertanya Jabir,"Ya Jabir, apakah engkau sudah menikah?"Jabir menjawab, "Sudah, ya Rasulullah." Beliau bertanya, "Janda atau perawan?" Jabir menjawab, "Janda." Beliau bersabda, "Kenapa tidak gadis yang engkau dapat saling mesra bersamanya?" Jabir menjawab, "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah gugur di medan Uhud dan meninggalkan tujuh anak perempuan. Karena itu aku menikahi wanita yang dapat mengurus mereka." Nabi bersabda, "Engkau benar, insya Allah."

5. Sihat jasmani dan penyayang

Sahabat Maqal bin Yasar berkata, "Seorang lelaki datang menghadap Nabi saw. seraya berkata, "Sesungguhnya aku mendapati seorang wanita yang baik dan cantik, namun ia tidak boleh melahirkan. Apa sebaiknya aku menikahinya?" Beliau menjawab, "Jangan." Selanjutnya ia pun menghadap Nabi saw. untuk kedua kalinya, dan ternyata Nabi saw. tetap mencegahnya. Kemudian ia pun datang untuk ketiga kalinya, lalu Nabi saw. bersabda, "Nikahilah wanita yang banyak anak, karana sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya jumlah kalian di hadapan umat-umat lain." (Abu Dawud dan Nasai).

Karana itu, Rasulullah menegaskan, "Nikahilah wanita-wanita yang subur dan penyayang. Karana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kalian dari umat lain." (Abu Daud dan An-Nasai)

6. Berakhlak mulia

Abu Hasan Al-Mawardi dalam Kitab Nasihat Al-Muluk mengutip perkataan Umar bin Khattab tentang memilih isteri baik merupakan hak anak atas ayahnya, "Hak seorang anak yang pertama-tama adalah mendapatkan seorang ibu yang sesuai dengan pilihannya, memilih wanita yang akan melahirkannya. Yaitu seorang wanita yang mempunyai kecantikan, mulia, beragama, menjaga kesuciannya, pandai mengatur urusan rumah tangga, berakhlak mulia, mempunyai mentalitas yang baik dan sempurna serta mematuhi suaminya dalam segala keadaan."

7. Lemah-lembut

Imam Ahmad meriwayatkan hadits dari Aisyah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Wahai A'isyah, bersikap lemah lembutlah, karena sesungguhnya Allah itu jika menghendaki kebaikan kepada sebuah keluarga, maka Allah menunjukkan mereka kepada sifat lembah lembut ini." Dalam riwayat lain disebutkan, "Jika Allah menghendaki suatu kebaikan pada sebuah keluarga, maka Allah memasukkan sifat lemah lembut ke dalam diri mereka."

8. Menyejukkan pandangan

Rasulullah saw. bersabda, "Tidakkah mau aku kabarkan kepada kalian tentang sesuatu yang paling baik daripada seorang wanita? (Yaitu) wanita solehah adalah wanita yang jika dilihat oleh suaminya menyenangkan, jika diperintah ia mentaatinya, dan jika suaminya meninggalkannya ia menjaga diri dan harta suaminya" (Abu daud dan An-Nasa'i)

"Sesungguhnya sebaik-baik wanitamu adalah yang beranak, besar cintanya, pemegang rahasia, berjiwa tegar terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, berhias bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan dan perintah suaminya dan apabila berdua dengan suami dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya serta tidak berlaku seolah seperti lelaki terhadap suaminya," begitu kata Rasulullah saw. lagi.

Maka tak hairan jika Asma' binti Kharijah mewasiatkan beberapa hal kepada putrinya yang hendak bernikah. "Engkau akan keluar daripada kehidupan yang di dalamnya tidak terdapat keturunan. Engkau akan pergi ke tempat tidur, di mana kami tidak mengenalinya dan teman yang belum tentu menyayangimu. Jadilah kamu seperti bumi bagi suamimu, maka ia laksana langit. Jadilah kamu seperti tanah yang datar baginya, maka ia akan menjadi penyangga bagimu. Jadilah kamu di hadapannya seperti budah perempuan, maka ia akan menjadi seorang hamba bagimu. Janganlah kamu menutupi diri darinya, akibatnya ia boleh melemparmu. Jangan pula kamu menjauhinya yang boleh mengakibatkan ia melupakanmu. Jika ia mendekat kepadamu, maka kamu harus lebih mengakrabinnya. Jika ia menjauh, maka hendaklah kamu menjauh darinya. Janganlah kami menilainya kecuali dalam hal-hal yang baik saja. Dan janganlah kamu mendengarkannya kecuali kamu menyemak dengan baik dan jangan kamu melihatnya kecuali dengan pandangan yang menyejukan."

9. Realistis dalam menuntut hak dan melaksanakan kewajiban

Salah satu sifat terpuji seorang wanita yang patut dicintai seorang lelaki soleh adalah qana'ah. Bukan saja qana'ah atas segala ketentuan yang Allah tetapkan dalam Al-Qur'an, tetapi juga qana'ah dalam menerima pemberian suami. "Sebaik-baik isteri adalah apabila diberi, dia bersyukur; dan bila tak diberi, dia bersabar. Engkau senang boleh memandangnya dan dia taat bila engkau menyuruhnya." Karana itu tak hairan jika kerap kali melepas suaminya di depan pintu untuk pergi mencari rezeki, mereka berkata, "Jangan engkau mencari nafkah daripada barang yang haram, karana kami masih sanggup menahan lapar, tapi kami tidak sanggup menahan panasnya api jahanam."

Kata Rasulullah, "Isteri yang paling berkah adalah yang paling sedikit biayanya." (Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi daripada A'isyah r.a.)

Tapi, "Para wanita mempunyai hak sebagaimana mereka mempunyai kewajiban menurut kepantasan dan kewajaran,"begitu firman Allah swt. di surah Al-Baqarah ayat 228. Pelayanan yang diberikan seorang isteri sebanding dengan jaminan dan nafkah yang diberikan suaminya. Ini perintah Allah kepada para suami, "Berilah tempat tinggal bagi perempuan-perempuan seperti yang kau tempati. Jangan kamu sakiti mereka dengan maksud menekan." (At-Thalaq: 6)

10. Menolong suami dan mendorong keluarga untuk bertakwa

Isteri yang solehah adalah harta simpanan yang sesungguhnya yang bisa kita jadikan tabungan di dunia dan akhirat. Iman Tirmidzi meriwayatkan bahawa sahabat Tsauban mengatakan, "Ketika turun ayat 'walladzina yaknizunaâ'¦ (orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya di jalan Allah), kami sedang bersama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan. Lalu, sebagian dari sahabat berkata, "Ayat ini turun mengenai emas dan perak. Andaikan kami tahu ada harta yang lebih baik, tentu akan kami ambil". Rasulullah saw. kemudian bersabda, "Yang lebih utama lagi adalah lidah yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehahyang akan membantu seorang mukmin untuk memelihara keimanannya."

11. Mengerti kelebihan dan kekurangan suaminya

Nailah binti Al-Fafishah Al-Kalbiyah adalah seorang gadis muda yang dinikahkan keluarganya dengan Utsman bin Affan yang berusia sekitar 80 tahun. Ketika itu Utsman bertanya, "Apakah kamu senang dengan ketuaanku ini?" "Saya adalah wanita yang menyukai lelaki dengan ketuaannya," jawab Nailah. "Tapi ketuaanku ini terlalu renta." Nailah menjawab, "Engkau telah habiskan masa mudamu bersama Rasulullah saw. dan itu lebih aku sukai dari segala-galanya."

12. Pandai bersyukur kepada suami

Rasulullah saw. bersabda, "Allah tidak akan melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya, sedang ia sangat membutuhkannya" (An-Nasa'i).

13. Cerdas dan bijak dalam menyampaikan pendapat

Siapa yang tidak suka dengan wanita bijak seperti Ummu Salamah? Setelah Perjanjian Hudhaibiyah ditandatangani, Rasulullah saw. memerintahkan para sahabat untuk bertahallul, menyembelih kambing, dan bercukur, lalu menyiapkan unta untuk kembali pulang ke Madinah. Tetapi, para sabahat tidak mengendahkan perintah itu karana kecewa dengan isi perjanjian yang sepertinya merugikan pihak kaum muslimin.

Rasulullah saw. menemui Ummu Salamah dan berkata, "Orang Islam telah rosak, wahai Ummu Salamah. Aku memerintahkan mereka, tetapi mereka tidak mau mengikuti."

Dengan kecerdasan dalam menganalisis kejadian, Ummu Salamah mengungkapkan pendapatnya dengan fasih dan bijak, "Ya Rasulullah, di hadapan mereka Rasul merupakan contoh dan teladan yang baik. Keluarlah Rasul, temui mereka, sembelihlah kambing, dan bercukurlah. Aku tidak ragu bahwa mereka akan mengikuti Rasul dan meniru apa yang Rasul kerjakan."

Subhanallah, Ummu Salamah benar. Rasulullah keluar, bercukur, menyembelih kambing, dan melepas baju ihram. Para sahabat meniru apa yang Rasulullah kerjakan. Inilah berkah dari wanita cerdas lagi bijak dalam menyampaikan pendapat. Wanita seperti inilah yang patut mendapat cinta dari seorang lelaki yang shalih.

Begitulah antara faktor-faktor munculnya rasa cinta. Apabila merasa dirinya serasi dengan pilihannya itu, sudah pasti cinta itu akan berputik. Selain itu, ciri-ciri yang dicari terdapat pada insan-insan yang tertentu, maka perasaan cinta akan berkembang dengan mekarnya. Faktor ini akan berlaku apabila kita menggunakan perasaan cinta itu pada tempatnya. Cinta yang terdaya dengan hawa nafsu akan merugikan kita.

Sumber: http://aminari.wordpress.com/2007/05...a-dari-wanita/
READ MORE -

Friday, August 28, 2009

ImPak CiNta Kepada ReMaja


Begitu banyak lagu-lagu cinta berkumandang di corong-corong radio , begitu juga dengan novel-novel cinta semakin bertambah di koleksi-koleksi novel. Bercinta memang seronok kerana cinta merupakan fitrah manusia. Tanpa cinta hidup ini bagaikan kapas-kapas yang berterbangan yang tidak tahu akan arah tujunya. Mereka yang tidak pernah bercinta boleh dikatakan sangat aneh atau ganjil. Namun bagi yang mereka yang bercinta pula kadang-kadang menjadi buta kerana cinta. Tepuk dada tanyalah jiwa. Pilihlah yang mana satu yang berkenan di hati kerana cinta itu sangat universal perasaannya. Cinta tidak salahnya jika kita pandai mengaplikasikannya.

Wahai golongan remaja, pernahkah kamu bercinta? Mungkin ada di antara kita yang pernah bercinta dan ada juga yang tidak pernah bercinta. Kemudian tidak asing juga ada yang pernah gagal dan berjaya dalam percintaan. Pernahkah kita terfikir, cinta kita mempunyai matlamat atau tidak. Sudah tentu bagi mereka yang berpendidikan melakukan sesuatu dengan visi dan misi tertentu. Adakah dalam bab percintaan kita mepunyai misi dan visi tertentu. Jika cinta itu memang dilahirkan dengan perasaan yang penuh keikhlasan dan ketulusan, cinta itu boleh dijamin sebagai cinta sampai ke syurga. Namun jika cinta itu dilahirkan sekadar untuk kepuasan dan kehendak nafsu dan perasaan sebarang jaminan tidak berani untuk dikeluarkan.

Sesetengah pendapat menyatakan kerana cinta mereka meransang diri untuk terus berjuang dan maju ke depan dan ada juga pendapat menyatakan kerana cinta kita akan lemah dan jatuh terhempas sehingga ke liang lahad. Fikirkanlah wahai pemikir-pemikir zaman sekarang. Anda berada dalam golongan pendapat mana terpulang kepada pemikiran masing-masing. Anda berhak menentunya sendiri kerana anda lebih mengenali diri anda. Sebelum mengorak langkah lebih jauh, suka ingin kami tanyakan berapa banyak percintaan membuat seseorang itu berjaya dan berapa banyak percintaan yang membawa kepada kemunduran dan ke lembah hina. Sudah tentu anda telah dapat memberi jawapannya sekarang.

Di sini memang kami tidak nafikan bahawa percintaan itu merupakan satu alat untuk membawa kita untuk terus melangkah maju kehadapan. Jika tidak mana mungkin Shah Jehan sanggup membina Taj Mahal untuk Mumtaznya dan seorang suami sanggup bekerja siang malam hanya untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang pada isteri. Nyata dan jelas dalam hal ini kita menjadi semangat dan ingin maju ke depan kerana sebuah percintaan. Sedarkah kita, sebuah percintaan yang berjaya adalah kerana cinta ini bersih, suci dan halal. Namun apabila menyatakan hujah ini pasti ada yang menyatakan "Saya juga berjaya kerana bercinta, saya berjaya dalam peperiksaan kerana kekasih saya memberi semangat dan belajar bersama-sama. Saya lemah tanpa cinta". Memang benar kamu berjaya untuk masa itu namun pada masa akan datang kita tidak dapat jangka apa akan berlaku. Ingat, hanya segelintir sahaja yang mengalami pengalaman ini.

Beralih kepada gagalnya sebuah percintaan. Berapa banyak yang telah berlaku ? Tidak tercapai akal berapa banyak yang mati atau kurang siuman kerana cinta. Pernah kita kita terfikir bilangannya?Betullah kata-kata yang mengatakan, cinta itu membunuhku. Memang benar kata-kata ini. Sudah ramai manusia yang mati kerana cinta. Terjun bangunan, minum racun, gantung diri,dan lain-lain lagi. Memang sukar untuk dinyatakan jika mula-mula bercinta dengan sepenuh jiwa raga dan akhirnya ditinggalkan bagai layang-layang yang terputus talinya. Itulah dikatakan sebagai impak atau kesan sebuah percintaan.

Kesan yang negatif lebih banyak berbanding kesan positif. Cinta yang bersih dan suci diketepikan tetapi yang yang berhabuk dan jijik ketengahkan. Bercinta melampau batas-batas syarak. Mengundang kemurkaan Tuhan yang Maha Esa. Tuhan menciptakan manusia berpasang-pasangan untuk menjadi teman hidup. Lumrah dan fitrah manusia saling memerlukan satu sama lain antara lelaki perempuan. Saling melengkapi dan saling menyayangi. Bagaimana kita mencari cinta yang sebenarnya untuk memenuhi fitrah tersebut terpulang kepada kita. Jika kita memulakan percintaan dengan cara yang tidak dibenarkan atau dengan cara yang salah maka berkemungkinan besar cinta itu bakal berakhir dengan cara yang tidak menyenangkan. Jika kita mencari cinta yang suci melalui cara yang dihalalkan sudah pasti akan berkekalan hingga ke akhir zaman.

Remaja kini menganggap cinta insan bernama kekasih itu segala-galanya bagi mereka. Pemikiran ini perlu diubah, cintakan ibu bapa perlu diutamakan sebelum mencintai yang lain. Cintakan kekasih hati merupakan sampingan sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Kebanyakan mereka bercinta telah mengorbankan segala-galanya termasuklah maruah diri melebihi pasangan suami isteri. Hal ini telah menyebabkan ramai remaja telah hancur musnah di lembah kehinaan. Tetapi ingat pintu taubat masih terbuka kepada mereka sebelum nyawa samapi ke kerongkong. Fenomena ini semakin menjadi-jadi di negara kita. Sejajar dengan pembangunan negara yang ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain telah menyebabkan remaja kita berfikiran jauh ke hapadapan melebihi usia. Jelas kita dapat melihat murid-murid sekolah rendah sudah pandai menyelak kain guru, berbicara tentang seks dan bercintan- cintun. Jika dahulunya, kanak-kanak ini hanya pandai main masak-masak di bawah rumah kini pandai bermain seks dengan rakan sekelas. Segalanya bermula daripada perasaan cinta yang kotor yang mengikuti kehendak hawa nafsu.

Daripada kecil mereka telah didedahkan dengan cinta monyet sehinggalah remaja, mereka tidak dapat meninggalkan cinta monyet. Ketagihan cinta semakin meluap-luap, mereka merasa seronok bermain dengan cinta. Mempermainkan perasaan- perasaan mereka berhati lembut. Habis madu sepah dibuang. Sekarang begitu ramai remaja yang telah rosak dan hancur masa depan ketelanjuran akibat daripada cinta yang membabi buta. Bayi- bayi luar nikah semakin hari semakin bertambah. Mereka tidak mengenal akan asal usul mereka. Tidak mengenal erti ibu dan ayah. Begitulah nasib genarasi mereka seterusnya. Bagaikan tiada asal usul dan keturunan. Semuanya berpunca daripada sebuah percintaan.
READ MORE -