Monday, September 7, 2009

sepasang sutera biru.

“Kakak ! kakak! nie fail tertinggal” laung ibuku dari dalam kereta.
Aku terpaksa berpatah balik kerana semua dokumen penting aku berada dalam fail tersebut. ‘Aduh’ aku mengeluh sendirian. Aku berasa hari ini merupakan hari yang paling penat kerana aku terlewat untuk mendaftarkan diri ke Institut perguruan Islam.
Hari ini 14 Julai 2004 merupakan pengambilan pelajar-pelajar baru untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Aku terlewat bangun kerana semalam aku keluar dengan member-memberku. Mereka mengadakan parti untuk meraikan kejayaan aku kerana di terima masuk ke Institut Perguruan ini. Sesungguhnya aku berasa sedikit pun tidak teruja kerana bukan cita-citaku untuk menjadi guru.
Aku dipaksa oleh ibuku untuk masuk ke institut ini. Arh! Bencinya aku merungut dalam hati. Aku terpaksa memilih institut ini kerana ibuku mengugut untuk menghalau aku keluar dari rumah sekiranya aku tidak mengikut arahannya. Aku terpaksa kerana tiada pilihan lain. ‘Ah ibu langsung tidak memikirkan perasaan aku’. Bencinya aku menjerit dalam hati sambil melangkah ke tempat pendaftaran yang disediakan. Aku menurunkan tandatangan selepas melihat namaku tertera di atas kertas yang ditunjukkan.
Aku berasa sangat geram dan sepanjang proses pendaftaran itu aku hanya mendiamkan diri dan mengikut sahaja arahan yang di berikan oleh para pelajar yang bertugas di setiap kaunter pendaftaran tersebut. Kalau dianalogikan, muka ku pada waktu itu seperti cuka yang diperam setahun yang lalu. Entahlah. Aku pasti orang yang melihat muka aku akan mengatakan aku sombong. Ah biarkan kerana aku tak pinjam muka mereka pun.
Kebisuan aku berterusan sehinggalah seorang hamba Allah menegurku.
“saudari kalau ye pun tak suka tempat nie apalah salahnya kalau awak senyum. Murah sikit rezeki pagi-pagi nie”,
Kata hamba Allah itu sambil tersenyum memandang aku.
Aku yang tengah panas terasa seperti bom yang akan melatup pada bila-bila masa sahaja. Namun aku sedar aku dimana sekarang. Takkanlah aku hendak mencari musuh pada hari pertama aku disini. Lantas aku hanya menjeling tajam sahaja kepada lelaki yang menegur aku itu. Selepas itu, aku pun terus berlalu kerana selepas ini aku harus mendaftarkan diri di kaunter asrama pula. Biarlah malaslah aku nak fikirkan siapa lelaki yang menegur aku tadi. Akhirnya selepas mendaftarkan diri di kaunter asrama aku ditempatkan di asrama Siti Khadijah iaitu asrama blok C. Asramanya bolehlah tahan dan sederhana sahaja. Ini lebih baik kalau nak dibandingkan daripada terpaksa menyewa diluar kampus.
Ketika aku melangkah masuk ke bilik yang diberikan, roomateku sudah siap berkemas. Erm nampaknya aku memang sudah lewat. Ah biarkan sajalah bukan kene saman pun. Aku hanya tersenyum sekilas sahaja melihat roomateku itu.
Ketika aku sedang berkemas dia datang ke katil aku dan memulakan perbualan.
“Hai saya Aishah, budak Johor nama awak sape?”
“Oh hai. Saya Suzila saya orang sini je”.
Dia yang mendengar penjelasan aku mengaggukkan kepala sambil tersenyum.
“So, saya nak panggil awak ape? Sue, azie atau Suzila?” Tanya dengan ramah.
“Awak boleh panggil saya Azie”, aku tersenyum memandangnya.
“Ok awak ambik course apa kat sini?” tanya Aishah lagi
“Saya amik Tessel awak?”, aku mula dapat menyesuaikan diri dengan roomateku ini.
“Oh Tessel saya amik math kat sini. Well selamat berkenalan saya harap kita dapat sesuaikan diri kat sini. Ah sebelum terlupa awak boleh panggil saya Along”.
“Hah??? Kenapa nama awak dengan nick name tak sama?”.
“Along itu nama timangan saya. Saya anak sulung dalam family so ibu dan ayah saya panggil saya along. Saya dah terbiasa guna nama tu dari zaman sekolah lagi. So kalau orang panggil Aishah saya susah nak response” kata Aishah sambil tersenyum memandang aku.
“Oh”, aku hanya menganggukkan kepala mendengar jawapan Aishah itu.
Sepanjang seminggu minggu orentasi aku mula dapat sesuaikan diri dengan Institut Perguruan Islam ini. Walaupun jauh di sudut hati aku masih terkilan dengan keputusan ibu namun semua itu ku simpan jauh di dasar hati.
Hari ini hari pertama aku masuk ke kelas selepas seminggu orentasi. Aku ditempatkan di kelas PPISMP 1.08 dimana dalam kelas aku ada 12 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Namun kuasa Allah tidak siapa tahu. Aku sangat terkejut kerana aku berjumpa lagi dengan lelaki ini. Dia merupakan lelaki yang menegur aku ketika aku mula – mula melangkah kaki ke sini. Tetapi itu belum masalah besar kerana masalah aku yang terbesar ialah lelaki ini atau nama sebenarnya Mohd Syukrie bin Haji Halim atau lebih mesra dipanggil Ayie telah dilantik menjadi ketua kuliah aku. Dan perkara yang lebih malang aku pula dilantik menjadi penolong ketua kuliah. Aku tidak tahu apa masalah rakan sekelasku kenapa mereka suka sangat menyusahkan hidup aku.
Hari pertama kuliah aku sudah bergaduh dengan Ayie. Ayie tiba – tiba menyindir aku dan aku apa lagi hanginlah satu badan. Nampaknya dia kini menjadi musuh nombor satu aku di maktab ini. Aku dan dia seperti anjing dengan kucing kerana kami masing – masing ada pendapat dan masing – masing ingin mempertahankanya. Ayie kata A aku akan akan kata B dan begitulah sebaliknya.
Boleh dikatakan hari – hari aku bergaduh dengan Ayie kerana kami tidak sehaluan. Namun Ayie boleh diketegorikan lelaki sabar kerana di akhir pergaduhan kami dia akan beralah. Aku apa lagi akan tersenyum dengan bangga kerana kemenangan berada di pihak aku. Keadaan ini tidak tahan lama. Pada suatu hari aku bergaduh lagi dengan Ayie. Kali nie pasal Ayie menyuruh aku memanggil pensyarah untuk masuk ke kelas. Aku yang pagi itu mood kurang baik terus melenting apabila dia menyuruh aku membuat kerja itu. aku memarahi Ayie kerana kerja itu merupakan kerja dia. Ayie yang sememangnya tengah bengang pagi itu memarahi aku balik.
“Hei Azie aku dah muak dengan sikap engkau nie. Ko nie tak de sedikit perasaan tanggungjawanb ke dengan kelas kita?. Aku rasa kalau macam nie baik ko letak jawatan je lah. Dosa aku pun tak banyak hari-hari asyik gaduh dengan ko je. Bosan tau tak”.
Belum sempat aku menjawab kata-kata Ayie tiba-tiba Encik Rostam iaitu ketua Jabatan Bahasa Inggeris melalui kawasan kelas aku. Apa lagi dia pun masuklah ke kelas kerana kelas kami waktu itu bising macam pasar.
“Well Azie and Ayie I want both of you to my office now!!!”.
Arah encik rostam dengan tegas. Aku waktu itu sudah kecut perut namun Ayie kelihatanya selamba sahaja.
‘Cis mamat nie waktu-waktu macam nie kau boleh buat muka belacan lagi?’ rungutku dalam hati tatkala melihat Ayie.
Selepas encik Rostam keluar aku dan ayie pun menyusur beliau ke Jabatan Bahasa Inggeris.
“Well Ayie dan Azie apa masalah awak berdua sebenarnya? Awak tahu tak sebagai penolong dan ketua kelas awak berdua sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada kelas bukan bergaduh macam-macam budak-budak. Tak malu ke orang tengok?”
Encik Rostam memulakan ceramahnya.
Aku hanya terdiam apabila mendengar kata-kata Encik Rostam itu. Namun Ayie yang menunduk dari tadi terus mengangkat muka dan berbicara.
“Maafkan kami sir. Sebenarnya kami memang macam nie. Kami gaduh kejap je lepas nie kami berbaiklah balik. Alah sir biasalah Azie nie suka bergurau pagi-pagi macam nie. Tapi saya tahu dia tak bermaksud dengan apa yang dia katakan tu”, Ayie menjawab bagi pihak aku.
‘Cis tak payah la tipu Encik Rostam Ayie oi. Kita memang tak sehaluan pun’. Kata – kata ini hanya terluah dalm hatiku sahaja. Aku yang malas menyampuk kata-kata Ayie hanya tersenyum sebaik sahaja Ayie melafazkan kata-kata itu. Biarlah tanggapan Encik Rostam akan terus begitu.
“Baiklah awak berdua boleh balik ke kelas. Lepas nie saya tak nak tengok lagi kamu bergaduh. Saya nak kamu ingat sikit kelas kamu tu satu-satunya kelas major Bahasa Inggeris di sini. Kalau semua orang bergaduh nanti Jabatan Bahasa Inggeris juga akn turut terkena tempiasnya. Kalau boleh saya nak kamu tunjukkan contoh terbaik sebabai pelajar tassel. Biar orang hormat sikit dekat kita. Boleh?”.
“Baiklah sir lepas nie sir takkan lihat kami bergaduh lagi. saya akan cuba untuk bertolak ansur dengan Azie”.
“Err... maafkan kami sir”.
Akhirnya aku bersuara.
“Baiklah kamu berdua boleh balik ke kelas nanti lecturer marah pulak”. Kata encik rostam sambil tersenyum.
Sejak daripada peristiwa hari itu, aku akhirnya tidak bertekak dengan Ayie lagi. walaubagaimana pun tembok pemisah antara kami masih teguh lagi berdiri. Aku masih tidak bercakap dengan Ayie namun semua arahannya aku laksanakan tanpa banyak kerenah. Kadang kala kesian juga aku melihat Ayie. Dia cuba berkomunikasi dengan aku tapi aku buat muka sengal dan poyo.aku hanya mengangguk dan menggelengkan kepala apabila bercakap dengan Ayie. Ayie yang bosan dengan sikap aku akhirnya membiarkan aku sendiri. Dan dia hanya bercakap perkara yang perlu sahaja dengan aku. Biarlah keadaan ini berlalu asalkan kami tidak berbaduh lagi seperti sebelum ini.
Aku tidak sangka masih ada orang yang tidak berpuas hati dengan keadaan kami itu mereka cuba menyatukan aku dan Ayie. Kadang-kadang kalau difikirkan sengal la idea meraka. Mereka yang dimaksudkan tak lain tak bukan Nabila, Along Saiful dan Anuar. Walaupun Along bukan budak kelas aku tetapi dia seorang roomate yang prihatin. Dia juga tidak mahu aku bermasam muka lagi dengan Ayie. Aku tahu hal ini kerana Along dan Ayie merupakan pelajar dari sekolah yang sama. Jadi tak hairanlah semua masalah kelas aku dan Ayie berada dalam pengetahuanya. Selain itu Along juga baik dengan Nabila, Saiful dan Anuar.
Pada suatu hari suatu perkara yang aku kira luar biasa telah terjadi. Aku menerima sepucuk surat daripada Ayie. Dalam surat tu tertulis

Azie boleh jumpa tak hari ini pukul 5.30 petang di kafeteria Blok C. Saya ada perkara penting nak cakap.
Ayie.
Aku yang malas untuk mencari banyak masalah terus pergi ke kafeteria tepat jam 5.30 petang seperti yang tertulis dalam surat tersebut. Ketika aku sampai di kafeteria aku lihat Ayie sudah berada di sana. Tak jauh dari tempat Ayie aku lihat Nabila, Saiful, Anuar dan Along sedang berborak dengan rancak sambil menikmati minum petang.
“Haa ada apa nak jumpa aku nie?”, aku bertanya sebaik sahaja duduk di depan Ayie.
“Haa??? Apa yang kau cakap nie aku tak pahamlah. Kalu ye pun bagilah salam dulu. Lagi satu bukan ke kau yang nak jumpa aku petang nie???”.
“What???”, Aku makin keliru dengan kata-kata Ayie.
“Ayie bukan ke kau yang tulis surat kat aku kata nak jumpa petang nie. Dahlah tulis surat macam orang dulu-dulu. Kenapa kau dah tak de kredit ke nak hantar mesej ke?”
Aku menyoal dengan sinis.
“Hei dengar sini baik baik. Aku dapat surat daripada kau. Nah nie tengok baik-baik nama kau ada kat bawah. Nak aku bacakan ke. Sedap mulut je kata kat aku. Yang dia kuno tak sedar”. Ayie membalas balik kata-kata aku.
“Haa? Surat. Weh aku tak atar surat pun kat kau. Kejap nape tulisan surat kau dan aku sama???. Eh Ayie kau fikir tak apa yang aku fikir?”, aku bertanya kepada Ayie.
“Hish kau nie manalah aku nak tahu tahu. Aku bukannya ahli nujum. Kalu aku tahu apa yang kau fikir takdelah kita dok bergaduh hari-hari”.
Aku menari nafas dalam-dalam dan tersenyum kepada Ayie.
“Haa kan cantik kalau kau senyum macam tu hari-hari. Tak delah muka tu nampak tua sangat”.
“Kuram asam punya Ayie. Woi aku tak lah tua sangat kau lagi tua daripada aku. Dah back to the topic. Aku rasa kita dah kene main nie. Ada orang nak kita berbaik dan yang paling penting dia nak kita jadi kawan dan aku rasa aku tau nie kerja sapa”.
“Sape weh?” Ayie bertanya dengan tidak sabar.
“Tu kau nampak tak kat meje sana tu. Dari dari tadi aku lihat dia macam dok pandang je kat sini. Mungkin diaorang takut kita bergaduh lagi kot dan aku rasa kita patut tamatkanlah perang antara kita. Aku dah penat weh. Aku nak hihup macam orang yang normal pergi kelas tanpa ada perasaan benci lagi”.
“Aku pun rasa macam tu. Kita patut hargai usaha Along, Nabila, Saifu dan Anuar. Tapikan apa kata kalau kita buat gimik nak?. Biar diaorang panik tengok kita bergaduh lagi. ok tak???”.”
“Wah aku tak sangka kau nie pandai juga bab-bab nak kenakan orang ye. Aku on je tak kisah”.
Lalu bermulah sandiwara Aku dan Ayie. Aku berpura-pura marah dan bangun sambil menolak kerusi di kafe dan berjalan keluar dengan muka yang marah.
Ayie yang melihat keadaan itu terus bangun dan mengejar aku. Saat itulah kawan-kawan aku yang lain bangun. Mereka panik dan terus mengejar kami. Namun bukan mereka sahaja hampir semua pelajar yang berada di kafe pada masa itu juga melihat aku. Fuh malunya bukan main. Tapi nasib baiklah kejap aje keadaan ini berlangsung. Selepas itu mereka semua menyambung kembali hal masing-masing yang tertangguh tadi.
Di luar kafe.
“Ayie aku tak puas hati a dengan kau nie. Sebenarnya apa masalah kau nie. Kalau kau tak suka dengan cara aku, cakap. Jangan main cakap belakang tak gentleman la weh”. Aku mula berlakon tanpa skrip dan nampaknya Ayie juga tak mahu kalah dengan aku.
“Hei Azie kau ingat kau tu baik sangat. aku tahu kau pun selalu juga kutuk aku kat belakang. Blah la kau. Macamlah cantik sangat weh nenek aku lagi cantik dan berbudi bahasa dari kau tahu tak???”.
“Wah nie dah lebih. Aku tak kisah pun kau kata aku tak cantik. Aku bukan makwe kau pun. Kau kata aku tak cantik tapi orang lain kata aku cantik. Lagi satu kata-kata kau tu tak jadi kudis pun untuk aku. Piiiiirah”.
“Eleh aku pun tak berminat nak jadikan kau makwe aku dahlah kasar semacam jer”.
Belum sempat aku membalas kata- kata Ahyie, tiba-tiba kawan-kawan ku sampai di tempat kami.
“Ayie, Azie dan lah tu. Weh kauorang tak penatke asyik gaduh je dari mula kenal sampailah hari nie?”.
Along mula bersuara.
“Azie kau tu perempuan tak elok tahu tak bergaduh dengan lelaki. Dan kau pulak Ayie nama je lelaki tapi macam kayu kat tepi jalan tahu tak?. Tak reti langsung nak hormat perasaan perempuan. Aku ingat buat macam nie korang akan berbaik tapi hampeh. Makin teruk adalah. Weh penat je aku dan saiful tulis surat tu tau tak?”
Along sudah mula memberi ceramah.
Aku dan Ayie yang mendengar kata-kata Along itu terus ketawa terbahak-bahak. Tak sangka mereka semua tertipu dengan lakonan kami.
“Haa along akhirnya kau mengaku jugak. Kau yang tulis surat tu kan. Well thanks to your guys aku dan Ayie dah berbaik dah. Tadi tu gimik je nak tengok reaksi korang macam mana”.
Aku berkata sambil ketawa terbahak-bahak dan Ayie nampaknya sudah keluar air mata kerana tak tahan terlalu kelakar dengan situasi itu.
“Tak guna punya roomate. Kau nie buat aku suspen je jaga kau”.
Along sudah mula membuka langkah untuk mengejar aku. Aku apa lagi takkan nak tunggu kot. Dan sekejap sahaja semua orang mula berlari yang lelaki mengejar Ayie dan yang perempuan mengejar aku.
“Weh kawan-kawan. Sudah la tu. Aku surrender. Baiklah untuk menghargai hari yang penuh bersejarah nie, aku sebagai ketua kelas PPISMP 1.08 akan belanja anda semua minum petang nak tak?”,
Ayie mengusulkan cadangan. Nampaknya pokailah duit Ayie kerana cadangannya itu disambut baik oleh semua orang.
Bermula dari detik itu, aku dan ayie tidak bergaduh lagi. kami telah menjadi sahabat baik dan boleh duduk semeja untuk berunding. Tiada lagi pergaduhan yang berlaku seperti mula-mula kami kenal dulu. Dan semua orang terkejut dengan perubahan yang mendadak itu. sejak hari itu PPISMP 1.08 menjadi sebuah kelas yang tenang setenang air di kali.
“Namum ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Pada suatu hari, ketika cuti semesta ke- 2 aku menerima panggilan daripada Along. Dan panggilan ini telah merubah hidup aku untuk selamanya.
“Azie, kau jangan terkejut, ada satu berita yang tak baik yang aku nak sampaikan kepada engkau”.
“Apa dia?”, Aku menyoal dengan tidak sabar.
“Untuk pengetahuan kau Ayie accident pagi tadi. Sekarang dia dekat Hospital besar Kuala Lumpur. Kalau kau nak tengok dia baik kau cepat keadaan dia kritikal sangat”.
“What??? Aku menjerit dan serentak dengan itu air mata aku mula gugur ke bumi. Along kau tak main-mainkan aku kan?”, Dan aku sudah mula teresak-esak.
“Tak aku serius baik kau cepat”.
“Baiklah aku ke sana sekaran”.
Perjalanan dari Selangor ke Hospital Kuala Lumpur mengambil masa dua jam. Dalam hati aku berdoa tidak putus-putus berharapa agar Ayie akan selamat. Aku tidak mahu kehilangan sahabat yang baik seperti Ayie. ‘Ya Allah selamatkanlah Ayie’ aku berdoa dalam hati.
Ketika aku sampai di Hospital aku lihat keluarga Ayie dan Along sedang menunggu di luar bilik pembedahan. Menurut Along Ayie sudah berada 5 jam dalam bilik tersebut dan keadaannya sangat kritikal. Aku yang mendengar kata-kata itu hampir pengsan. Lemah rasanya lututku ini.
“Along macam mana Ayie accident?” Aku menyoalnya.
“Menurut Aunty Salmah Ayie accident balik dari Nilai. Dia pergi dengan adik dia ke Nilai katanya nak beli hadiah hari jadi untuk kawanya. Dalam perjalanan balik tiba-tiba ada sebuah kereta yang keluar dari simpang tak bagi signal dan terus memecut laju memotong Ayie. Ayie yang hilang imbangan terus menekan brek kecemasan motor dan pada ketika itulah sebuah kereta dari arah yang bertentangan datang dan terus merempuh motor Ayie. Tapi nasib baik adik Ayie tercampak dan patah tangan kanan dan kaki kiri tetapi ayie terpelosok ke bawah kereta dan kepalanya terhantuk dengan bumper kereta. Gegaranya agak kuat. Akibat daripada hentakan yang kuat itu, 3 tulang rusuk sebelah kiri Ayie patah dan tangan kanannya juga patah dan yang paling teruk tulang peha kanan Ayie juga patah tiga digilis kereta”.
Along menjelaskan serba sedikit cerita tentang kemalangan yang menimpa Ayie. Aku hanya mampu menangis mendengar cerita ayie. Ya Allah kenapa Kau timpakan dugaan yang besar untuk sahabatku ini. Ketika aku sedang mengangis mengenangkan nasib Ayie tiba-tiba doktor keluar dari bilik pembedahan dan semua orang meluru ke arah doktor tersebut.
“Doktor bagaimana keadaan anak saya?” Encik Halim iaitu ayah kepada Ayie bertanya kepada doktor tersebut.
“Maafkan saya kami dah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih sayangkan dia. Saya harap encik banyak-banyakkan bersabar semoga roh allahyarham tenang di sana”. Kata doktor tersebut sambil berlalu.
Selepas doktor tersebut pergi, mayat ayie pun di sorang keluar dari bilik pembedahan. Sebaik sahaja aku terpandangkan mayat Ayie akhirnya aku terus rebah dan tak sedarkan diri. Aku hanya membuka mata apabila terasa percikan air di muka ku.
“Azie bangun dah petang nie lama sangat kau pengsan sampai aku dah takut nie. Kau sihat tak”? Along bertanya kepada aku.
“Sebaik sahaja aku sedar aku terus menangis. Along macam mana dengan mayat Ayie?.
“Alhamdulillah mayat allahyarham dah selamat dikebumikan tadi”. Haa masa kau pengsan parents aku bawa kau jumpa doktor. Doktor yang merawat kau tadi kata kau sihat Cuma terkejut je. Takut aku tengok keadaan kau tau. Muka pucat macam mayat. So doktor inject ubat tidur kat kau tu yang kau tidur sampailah ke petang. Nasib baik ayah aku kuat dia yang angkat kau tadi. Azie aku rasa malam nie kau tidurlah kat rumah aku. Aku dah call mak kau dan dia tahu pasal kematian sahabat kau so dia bagi kau tinggal kat sini sampai esok”.
Panjang lebar Along menjelaskan kepada aku.
“Thanks Along kau memang sahabat yang baik”.
‘Dahlah kau rehatlah ye. Haa sebelum aku terlupa tadi mak Ayie ada bagi nie kat kau. Mula -mula dia tanya nama kau jadi aku cakaplah lepas tu dia dia terus bagi nie kat kau. Dia kata arwah Ayie nak bagi kat kau masa buka sem nanti. Tapi memang dah tak de jodoh agaknya korang nak jumpa so dia bagi nie kat kau sekarang. Weh rehatlah aku keluar kalau ada apa-apa panggil aku kat luar ye”.
Kata Along sambil melangkah keluar dari bilik tersebut. Sebaik sahaja along melangkah keluar, aku pun membuka hadiah yang diberikan tadi. Aku terkejut kerana hadiah tersebut sangat cantik dan ia adalah sepasang kain sutera biru. Sutera tersebut berwarna biru dan kainnya sangat lembut. Beserta kain sutera itu, terdapat sepucuk surat daripada arwah Ayie yang berbunyi:
Kehadapan sahabatku Azie...
Aku harap kau gembira menikmati cuti semesta, jangan lupa untuk ulang kaji sikit-sikit nanti naik cuti sem kan tak tahu apa-apa pulak...
hahaha lawak je...
weh sebenarnya aku tulis surat nie sebab nak ucap terima kasih sebab kau sudi berkawan dengan aku. Aku tahu sebaik sahaja habis cuti nie birthday kau kan so hadiah nie untuk kau. Selamat Hari lahir yang ke – 19 Suzila Arifin. Aku tak tahu mengapa aku berasa sedih sangat saat aku menulis surat nie.
Azie aku harap lepas nie kau jaga diri baik-baik ye. Aku dapat rasakan aku akan pergi jauh. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk menjadi orang yang first ucap hapy besday kat kau. Azie untuk pengetahuan kau... aku sebenarnya suka kat kau. Kalau boleh aku nak kita jadi lebih daripada kawan. So, aku tunggu jawapan kau lepas baca surat nie. Ambil masa untuk fikir.
Akhir kata maafkan aku andai aku pernah melukai hatimu. Tapi aku ingin kau tahu jauh di sudut hatiku aku sangat menyayangi mu. Kau adalah wanita pertama yang menghuni hatiku ini. Azie maafkan aku andai luahan hatiku ini mengganggu ketenangan harimu. Sekali lagi, akhir kata andai kita tak bertemu lagi selepas ini aku nak kau jadilah seorang guru yang berdedikasi dan komitmen dengan tugas. Ingat kerjaya sebagai seorang guru itu sangat mulia di sisi Allah S.W.T.
Azie saya tunggu jawapan Awak...
Sekian...
..................................
Syukrie Haji Halim @ ayie.
Menitis air mataku tatkala aku membaca surat Ayie itu. Aku akui dalam hati, aku juga ada menyimpan perasaan kepadanya. Dan perasaan ini akan terus menemani aku sampai bila.
Ayie saya terima luaha hati awak. Aku berbisik dalam bati sambil mengesat air mata. Selepas itu aku bangun dan megambil wuduk untuk membaca yasin untuk disedekahkan kepada arwah ayie.
5 tahun kemudian...
Hari ini merupakan hari pertama aku mengajar di sekolah ini. Dan hari ini aku memakai sutera biru yang dihadiahkan oleh arwah Ayie 5 tahun yang lepas. Aku sudah berjanji yang baju ini akan aku pakai pada hari pertama aku mengajar di sekolah nanti.
Ketika aku sedang dalam perjalanan ke bilik guru, tiba-tiba aku terlanggar dengan seorang lelaki. Habis semua buku latihan pelajar yang kupegang jatuh berderai di atas lantai. Lalu aku membongkokkan badan untuk mengutip buku yang jatuh itu.
“Maafkan saya saudari saya tak sengaja”.
lelaki itu bersuara sambil bangun menyerahkan buku yang dikutipnya kepada aku.
“Tak pe saya yang salah. Maafkan saya saudara”,
Kataku sambil mengangkat muka untuk melihat siapakah gerangan lelaki yang aku langgar tadi.
Sebaik sahaja aku melihat muka lelaki tersebut aku menjerit,
“Ayie!!!”
Dan buku yang dikutip tadi jatuh kembali ke lantai sambil aku tergaman melihat lelaki tersebut.
Tamat???

2 comments: