Monday, September 7, 2009

Di mana kau letakkan cinta?


"Adakah kau mampu mengatakan
bahawa kau telah menjadi seorang pencinta,
Adakah kau sanggup
menanggung segala perasaan cinta?
Dan adakah kau yakin
bahawa segala perasaan cinta itu
adalah benar2 cinta?"

"Bila dalam diammu
Kau dengarkan suara2 Sang Kekasih
Bila dalam renungan
Yang kau pandang hanyalah Kekasih
Bila tangis dan air mata jatuh
Hanya kerana rindu kepada Kekasih
Hingga dadamu
penuh dengan nama Kekasih
Hingga seluruh batang tubuhmu
Memanggil nama Kekasih
Dan tidak ada yang lain selain Kekasih"


"Maka terimalah segala suka dan duka
yang kan Dia pinta kepadamu
Apakah kau benar2
Seorang Pencinta atau Pendusta"

"Di manakah kau letakkan CINTA?"

Karya: Doddy Iskandar
Antologi Puisi Sufi
Cinta Pohon Tamar

"Ya Allah, sesungguhnya kami mencintai-Mu dengan sebenar-benar cinta. Mohon jangan Kau uji cinta kami ini dengan ujian yang kami tak mampu tanggung sendiri tanpa-Mu..."

No comments:

Post a Comment