Sering kali kita dengan bahawa cinta itu buta. Tidak hairanlah jika mereka sanggup meredah lautan api, mendaki gunung yang tinggi atau mengharungi ribut taufan. Mereka bagaikan berada di alam lain. Namun begitu, apabila nasi sudah menjadi bubur, mereka menyesal sehingga tiada kesudahan. Begitulah senario pelajar IPG sekarang. Berita pelajar IPG yang ditangkap khalwat masih terngiang-ngiang ditelinga ini. Siapakah pihak yang bertanggungjawab mengatasi masalah ini? Kerana cinta mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan maruah, agama, keluarga dan masyarakat. Adakah dengan denda sebanyak RM 500 sudah memadai dengan kesalahan yang telah dilakukan itu? Sudah tentu sama sekali tidak memadai. Wang ringgit boleh dicari dengan mudah tetapi hilangnya maruah diri umpama jiwa yang meronta kesakitan. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan titik tambah tolaknya sebuah percintaan yang hina. Bagaimanakah kita ingin mengatasi masalah bercinta yang membawa kepada masalah sosial ini?
Sebagai bakal-bakal guru, pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia,IPGM seharusnya lebih memahami dan matang dalam menyesuaikan diri dalam alam remaja ini. Kita perlu sedar alam remaja ini bukan masanya untuk kita berfoya-foya tetapi tuntunlah sebanyak mana ilmu dan pengalaman yang boleh dijadikan bekalan untuk masa hadapan. Tanggungjawab yamg dipikul sebagai bakal pendidik seharusnya jelas di mata setiap pelajar IPGM. Tindak-tanduk mereka sering diperhati. Hal ini kerana, ingin menjadi seorang guru bukanlah sesuatu pekerjaan ynag mudah. Sekiranya bakal guru bercinta membabi buta, bagaimanakah mereka ini mahu mendidik generasi akan datang untuk mengenal cinta yang hakiki?
1. Hendaklah bercinta di atas dasar kerana mencintai Allah
Sabda Rasulullah SAW:
" Tiga perkara yang barang siapa mendapatnya terasalah dia akan kemanisan iman :
1. Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain.
2. Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain, melainkan Allah
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara langkah yang paling penting dalam mengatasi masalah yang semakin berleluasa ini ialah kesedaran yang tinggi dalam diri setiap pelajar. Bagi mereka apabila mempunyai seorang kekasih yang sangat dicintai, mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap pasangannya mengikut kehendak hati mereka. Pelajar-pelajar sewajarnya mengutamakan cinta kepada Maha Pencipta terlebih dahulu. Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah. Telah terang lagi bersuluh, sememangnya benarlah tanpa cinta yang agung kepada-Nya tidak layak bagi kita untuk mencintai diri sendiri dan orang. Perkara ini adalah kerana melalui cinta kepada Allah kita dapat mengenal akan cinta orang lain dan diri sendiri.
2. Perubahan dalam diri
Perubahan dalam diri sangat penting bagi mengatasi cinta yang terlarang ini. Kesedaran yang tinggi akan dosa dan pahala. Mereka yang matang mampu berfikir dengan baik, sudah boleh mengawal perasaan dan serba sedikit memiliki jiwa yang agak tenang. Mereka dapat membezakan yang buruk dan baik. Oleh itu, kita perlu sedar sebarang perbuatan kita yang boleh mendatangkan kesan yang negatif dan dosa kepada diri kita. Cinta yang melanggar peraturan Allah tidak pernah mendapat keredhaan-Nya.
3. Jadikan cita-cita sebagai cinta
Sebagai seorang pelajar di Institut Pengajian Tinggi, kita perlu tahu membezakan antara cinta dan cita-cita. Matlamat utama ketika menjejaknya kaki di institut bukan bertujuan untuk mencari cinta tetapi untuk mencapai sebuah cita-cita. Niat yang betul perlu ditanam sejak awal lagi. Cita-cita itu lebih penting menentukan masa depan kita dan keluarga. Melalui cita-cita juga akhirnya kita akan mendapat cinta yang suci.
4. Sibukkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
Melalui melakukan aktiviti-aktiviti yang manfaat, diri kita akan dijauhi daripada perkara-perkara ynag melalaikan. Contohnya, melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di institut dan memegang jawatan dan tanggungjawab. Dengan itu, masa yang ada digunakan dengan baik.
" Jika kita sibukkan diri dengan Islam, diri yang lalai akan sibukkan kita dengan dunia. Jika kita tidak penuhkan jiwa dengan tarbiyyah , jiwa akan dipenuhi dengan syubhah. Hijrahkan jiwa menuju kecintaan pada ilmu yang lebih membawa kepada cinta Yang Maha Agung" Waspadalah hatimu agar ianya selamat daripada kotoran nafsu yang menipu".
5. Mencari sahabat-sahabat yang soleh
Pengaruh rakan-rakan sebaya sangat besar ketika usia remaja. Sesuatu yang menarik sering kali menjadi ikutan. Apabila melihat semua kawan mempunyai kekasih, keinginan untuk merasai perasaan itu pasti terdetik. Malahan sebarang perbuatan lain yang dilakukan oleh kawan-kawan, seringkali diikuti. Oleh itu, bagi mengelakkan kita dipengaruhi oleh unsur-unsur nagetif dalam percintaan hendaklah kita pandai mendampingi dan memilih kawan-kawan. Sahabat itu merupakan cermin keperibadian kita. Jika kita pandai memilih kawan, terselamatlah kita daripada perkara-perkara yang melalaikan diri.
Sedarlah Nazmi.........~
13 years ago
Juga perkongsian ilmu yang menarik.
ReplyDeleteteruskan menghantar cerita - cerita bermanfaat berkaitan topik ini.
Dr.Bushro
syukran kathiran dr...
ReplyDelete